5 April 2013
Seperti biasa setiap Jumaat, aku ada program Dock Brief. Dan
seperti biasa, tak ada kes untuk court aku untuk minggu ni. Aku pun duduk la
kat LAC room dengan Hanita. Tiba-tiba, datang la seorang lawyer lelaki, Paul
namanya. Seorang Kristian.
Seronok Paul bercerita kisah hidup dia, pengalaman dia,
motivasi sikit-sikit. Aku tak banyak bertanya. Cuma Hanita. Aku lebih selesa
mendengar.
Paul tanya kami chambering di law firm mana, dari universiti
mana. Aku dari UIA, Hanita dari UKM. Terus dia kata, selalunya chambee UIA ni
mostly malas nak buat research, hanya depending on their lecture note. (ok,
agak sentap). Chambee UKM pulak, playful. Hm… Itu pandangan dia. Tak kisah lah.
Kemudian Paul bercerita lagi. Lagi. Dan lagi. Tiba-tiba dia
komen cara aku berpakaian. Pada masa tu aku cuma mengenakan baju kurung Pahang
hitam putih, kain hitam plain dan tudung hitam plain. Paul kata, next time,
avoid wearing black scarf. It is not a good appearance. Wear white scarf is
better. Hm, mungkin betul kata Paul. Tapi bagi aku, pakai tudung putih nampak
agak skema. Ye la, dulu 2 tahun di Matrik pakai tudung putih. Bosan dan bosan.
Antara sebab lain, susah nak cari tudung putih yang tak jarang. Kene pakai
inner la. Leceh sikit.
Tak cukup nak komen cara aku berpakaian, Paul komen pulak
pasal make up. Kebetulan, pagi sebelum aku ke court, aku agak rushing. Tak
sempat aku nak pakai eye liner seperti kebiasaan. Paul cakap, next time, pakai
la bedak sikit. Pakai celak, warna-warna sikit. Biar nampak confident. Kalau
depan hakim pun, better kita nampak lebih menarik dan confident. Kalau tak
mampu beli yang mahal, beli la yang murah sikit.
Itu memang pandangan Paul secara peribadi, mungkin. Tapi
bagi aku, orang yang sibuk nak make up setiap hari tu la yang tak confident.
Sepatutnya kita tunjukkan kecantikan semulajadi kita. Tak perlu gunakan alat
bantuan untuk menampakkan kita cantik la, confident la, whatever. Kalau kita
ada aura sendiri, dah cukup untuk menampakkan semua tu.
Kita kan orang Islam. Wajib solat tepat pada waktu. Takkan
setiap kali lepas solat, nak kene tempek make up lagi? Sangat lah membuang masa. Asas kosmetik pun kita
tak tahu apa. Entah halal, entah tidak. Entah kalis air, entah tidak. Kene lah
berjaga-jaga.
To Paul,
I respect your opinion, but I beg to differ. I have my own
stand and I stand on my own principe. Nice to know you anyway. Thanks for your
advice and what not.
1 comments:
salam.. I strongly agree with u cik siti..
sometimes, be just a simple make us feel relax.. and confident with our own appearance...
Post a Comment