Saturday, March 10, 2012
Jelesnyeeee~
Pendermaan pendarahan
Wednesday, March 7, 2012
Menguap
Daripada Abu Hurairah r. a. bahawasanya Baginda Rasulullah saw bersabda bermaksud:
"Sesungguhnya Allah swt suka orang yang bersin, dan membenci orang yang menguap.
Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan 'Alhamdulillah', maka
adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnya pula mengucapkan 'Yarhamukallah!'.
Adapun menguap itu adalah daripada syaitan.
Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu.
Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya.
(Hadith Riwayat Bukhari)
Daripada Abu Said Al-Khudri r. a., katanya :
Telah bersabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud:
"Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya,
kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka."
(Riwayat Imam Muslim)
Nabi Muhammad saw bersabda maksudnya:
"Sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang bersin, dan membenci orang-orang yang menguap .
Maka apabila seseorang kamu menguap, jangan sampai berbunyi, kerana yang demikian itu daripada syaitan yang mentertawakanmu."
(Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi)
Daripada Abdullah bin Az-Zubair r. a., katanya:
Telah bersabda Rasulullah saw yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah swt membenci sesiapa yang mengangkat suara ketika menguap dan bersin."
(Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi)
Pengajaran daripada maksud hadith, antara adap-adap menguap dan bersin:
1. Berusaha menahan menguap sekadar termampu terutama ketika solat.
2. Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap sama ada di dalam atau di luar solat.
3. Makruh mengeluarkan suara dan mengangkat bunyi ketika menguap atau bersin.
Sunat ketika bersin mengucapkan "Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya pula mengucapkan "Yarhamukallah".
Sunat mengucapkan "Astaghfirullah" selepas menguap.
Wallahu a'lam.. ♥~
Monday, March 5, 2012
Mintak Maaf~
Sunday, March 4, 2012
Hapdet
| Muhammad Arasy Addin Bin Nadzri |
Update tentang ibadah. Astaghfirullah. Banyak sangat lompong. "Kalau kita mengejar dunia, dunia akan lari meninggalkan kita. Kalau kita mengejar akhirat, dunia yang akan mengejar kita." Baek, yakin dengan janji itu.
Tuesday, July 26, 2011
Dia masih di situ
Aktiviti harian? Macam-macam. Habis satu rumah aku geledah, aku selongkar, aku kemas. Macam-macam benda aku jumpa. Benda yang sangat sentimental bagi aku. Yang dah lama tersepuk dalam kotak-kotak yang bertimbun dalam stor. Surat-surat cinta monyet, cinta biawak, cinta tenggiling, semua ada. Lucu rasanya bila baca surat-surat tu. Surat kawan yang dah lama berpindah ke sekolah lain pun ada. Maklumla, masa tu handphone belum mampu dimiliki. Diari-diari lama, aku baca balik. Mengungkit kisah-kisah lama yang dah lama aku lupakan. Suka, duka, dendam, kenangan manis, semua aku catat dalam diari. Sekarang, sangat tak sempat nak tulis diari.
Kadang-kadang aku keluar ronda-ronda menaiki kereta. Sewaktu lalu di hadapan sekolah menengah, aku masih lihat Mak Cik Jual Kuih itu masih ada di situ. Ramai yang beli kuih dengan dia. Aku ingat lagi dulu aku selalu beli kuih Mak Cik tu. Popia goreng dia sangat la sedap. Karipap pun boleh tahan rasanya. Mak Cik tu sangat baik, peramah. Tak pernah pulak tanya nama Mak Cik tu. Cuma dia dikenali dengan nama Mak Cik Jual Kuih. Masih gigih Mak Cik tu jual kuih. Dari dulu, sampai la sekarang.
Aku teruskan perjalanan, di sebelah sekolah tu, ada sebuah kedai junk food. Kitorang panggil Kedai Bahar. Mungkin sebab nama pemilik kedai tu Pak Cik Bahar. Kedai tu masih lagi beroperasi sampai sekarang. Pak Cik Bahar pulak dah semakin tua. Kurus. Rambutnya putih. Anak-anak dia takut dengan Pak Cik Bahar. Mukanya bengis. Tak pernah aku nampak dia senyum.
Aku teruskan lagi. Sekolah Taski yang dah banyak berubah. Dulunya, bangunan papan. Siap ada tangga lagi. Tapi sekarang dah tukar bangunan batu. Lebih kukub dan lebih moden. Kenangan masa kecik-kecik yang terjadi kat Taski tu, takkan aku lupakan. Terlalu banyak tragedi. Antaranya, tragedi dahi berdarah. Ouch~ sakit rasanya bila dikenang kembali. Hehe..
Teruskan lagi perjalanan. Di jeti hujung sana. Masih lagi ada kedai menjual sayur, ikan dan ayam. Ya, milik Pak Cik Ipin. Pak Cik Ipin sangat pembersih. Kedai dia sangat bersih dan licin. Walaupun ada jual ikan, ayam, udang, sotong dan sebagainya, tapi takde sekor lalat pun kat situ. Lantai kedai tu dah boleh jadi cermin disebabkan kerap dibasuh oleh Pak Cik Ipin.
Aku teruskan lagi. Singgah di masjid. Masjid tu la tempat kitorang solat lepas waktu persekolahan sekolah menengah. Jarak dengan sekolah, 5 minit je dengan berjalan kaki. Aku selalu parking kasut kat satu pondok tepi masjid. Tapi sekarang dah takde pondok tu. Dibina pula satu bangunan batu. Comel je bangunan tu. Maka, hilanglah kenangan aku kat pondok tu..
Dah jauh aku jalan ni. On the way balik, aku nampak Jikin. Orang gila yang masih lagi gila. Rambutnya panjang, serabut. Bajunya kotor. Seliparnya dah buruk. Kadang-kadang, ada orang sedekah baju kat dia. Hm.. Dah lama aku nak tau kenapa Jikin jadi macam tu. Tapi Jikin baik. Dia tak kacau orang. Mukanya sangat simpati. Kesian aku tengok dia…
Cepat sungguh masa berlalu. Alhamdulillah aku masih lagi bernafas di bumi Allah ni. Banyak kenangan aku di dunia. 24 tahun aku bernafas. 24 tahun juga aku menjalani kehidupan sebagai hamba Allah. Sementara aku masih hidup, kenalah menghargai semua yang ada. Nikmati semua nikmat yang Allah pinjamkan. Ya, semua masih di situ. Begitu juga aku.
Wednesday, June 29, 2011
Ada sebelum tiada
Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara. Salah satunya, ada sebelum tiada. Banyak perkara yang kita kena hargai dan syukuri. Kadang-kadang, kita tak sedar pun perkara tu berharga semasa ia masih ada. Bila ianya dah takde, baru kita tersedar, kenapa aku tak hargai. Kenapa aku tak buat buat itu, tak buat ini masa ia ada. Waktu tu, dah terlambat. Masa takkan berulang lagi. Ia akan menjadi sejarah dan kenangan buat kita. Dan juga, pengalaman dan pengajaran supaya kita takkan ulangi kesilapan itu.
Faham ke maksud aku ni? Haha.. Aku bukanlah jenis yang pandai bermadah berhelah. Bermuhasabah cuma.
Surat cinta untuk Allah
ALLAH~ Aku sedang lemah..
Ya Allah. Tidak sekali-kali Kau jauh daripadaku melainkan aku yang menjauhkan diri daripadaMu. Aku yang menjauhkan diri. Aku, ya Allah…
Terlalu banyak dosa yang aku lakukan. Terlampau-lampau banyaknya. Ampunkan aku ya Allah. Aku hamba yang hina. Yang tak tahu erti bersyukur.
Ya Allah, masihkah ada ruang untukku untuk mendapat keampunanMu ya Allah. Adakah Kau masih ingat akan aku? Malu rasanya, ya Allah. Aku malu sebab aku lah yang selalu melupakanMu.
Aku rindu ya Allah. Aku rindu untuk berbual denganMu. Dah lama kita tak berbual. Mana Kau menghilang ya Allah. Mana. Tidak. Kau tak hilang. Aku yang menghilangkan diri. Aku yang hilang, ya Allah.
Aku mencariMu, Tuhan. Aku datang. Aku datang ya Allah. Membawa bergunung dosa untuk minta Kau ampunkan. Aku malu sungguh ya Allah. Mahukah Kau ampunkan dosa aku?
Tuhanku, aku tidak layak untuk syurgaMu. Tetapi aku tidak pula sanggup menanggung siksa nerakaMu. Ampunkanlah dosaku ya Allah.
Allah Maha Pengampun. Walaupun selangkah aku jauh dariMu, sejuta langkah Kau dekat padaku. Ampunkan aku, ya Allah. Aku merayu, sujud memohon keampunan… Astaghfirullah al ‘Azim..
Pencari Tuhan,
Siti Masleha
Percaya atau tidak?
Jangan pakai payung dalam rumah. Nanti ular masuk. Apa kaitan pakai payung dengan kemasukan ular dalam rumah? Ular tu nak tumpang payung sekali ke? Atau pun, kat luar tu hujan turun. Tu sebab die masuk rumah. Nak berteduh kot. Haha… Tah. Tak tahu la apa kaitannya.
Jangan menyanyi kat dapur. Nanti dapat suami tua. Kenapa ye? Mungkin sebab lelaki tua suka dengar anak dara menyanyi kat dapur kot. Memang sesuai dijadikan jodoh. Sebab anak dara tu hebat. Sambil masak, sambil menyanyi. Ha.. Nanti boleh la die suruh isteri dia masak sambil dodoikan anak kat dapur. Heh? Merapu dah aku ni.
Jangan potong kuku waktu malam. Nanti hantu datang? HANTU datang? Pelik kan? Kenapa hantu nak datang masa orang tengah potong kuku? Datang la masa raya. Lebih afdal. Dapat makan kuih raya. Hehe..
Jangan tunjuk pelangi. Nanti jari kudung. Mungkin pelangi tu mempunyai kuasa ajaib yang mampu mengkudungkan jari jemari manusia. Masa kecik-kecik dulu, sangat la takut nak tunjuk pelangi guna jari. Takut bebeno jari kudung. Sanggup tunjuk guna muncung mulut. “E’eee…!! Cantiknya pelangi tuuuuu… (muncungkan mulut ke arah pelangi).” Ha, jaga-jaga. Nanti mulut kudung pulak.
Jangan guna pensel yang lebih pendek daripada jari kelingking. Nanti mak kita mati. Homaigod! Nyawa mak kita bergantung kepada kependekan sebatang pensel. Oh, tidak! Sangat la takut nak asah pensel pendek-pendek. Sebagai langkah berjaga-jaga, bila pensel tu dah sama pendek dengan jari hantu, cepat-cepat buang. Takut sangat kalau mak kita mati.
Banyak lagi la pantang larang yang aku dengar masa kecik-kecik dulu. Kenapa mesti ada semua pantang larang tu? Semua tu karut belaka. Takde kaitan langsung. Bagi aku, mungkin macam tu la agaknya orang tua zaman dulu nak mengajar anak. Contohnya, jangan potong kuku waktu malam. Bukan apa. Malam kan gelap. Takut kita terketip jari. Kan sakit. Mungkin nampak exaggerate bila kata hantu akan datang. Tapi, dengan cara tu, budak-budak akan lebih takut dan dengar kata. Ha.. Logik tak explanation aku? Haha..
Tak mustahil zaman sekarang yang moden ni, orang masih amalkan pantang larang. Lagi-lagi pada majlis perkahwinan. Saaaangat la banyak pantang larang dan petua yang tak masuk akal.
Jangan tengok cermin dari sehari sebelum bersanding. Nanti tak naik seri. Hm.. Mari kita renungkan apa kaitannya. Kenapa pulak tak boleh tengok cermin? Kenapa? Kenapa? Aku tak puas hati betul la. Haha.. Kesian pengantin tu.
Jangan mandi pada hari persandingan. Nanti tak naik seri pengantin. Naik ke seri kau kalau kau tak mandi dek non oi? Busyuk betul..
Campak pakaian dalam pengantin ke atas bumbung rumah. Supaya cuaca cerah dan tak hujan pada hari majlis. Eee.. Tak malu ke? Kenapa pulak kau yang nak kawal hujan? Bukan ke Allah yang berkuasa nak turunkan hujan atau tak. Kau ingat, hujan tu takut nak turun ke bila dia nampak baju dalam kau? Astaghfirullah~ Mengarut semua tu.
Banyak yang mengarut daripada yang logik semua pantang larang tu. Ada yang kata, tak percaya pun. Tapi nak jaga hati orang-orang tua, kita buat je la. Nanti kata kita ni degil tak dengar kata pulak. Biarkanlah. Bagi aku, kita kene la slow talk dengan dorang. Kita ada alasan kita sendiri kenapa kita taknak ikut pantang larang tu. Tak logik. Bimbang jatuh khurafat dan syirik pulak. Yang penting, kita usaha dan bertawakal. Usaha dengan cara yang betul. Contohnya buat sembahyang hajat supaya cuaca elok. Ambil wudhuk sentiasa untuk menaikkan seri wajah. Berdoa supaya apa yang dirancang, berjalan dengan lancar.








