Saturday, December 18, 2010

"Fabiayyi aalaai rabbikuma tukazzibaan~"

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)? - Surah Ar-Rahman

Dari semester lepas lagi dok meng'google' pasal Broga Hill ni. Tengok gambar, tengok map, tengok blog-blog orang yang pernah pegi. Dah lama niat nak pegi hiking kat sana. Nampak macam best. Jadi, hari ini (18 Dec 2010) adalah hari yang dinanti-nanti. Maka kitorang pun bersiap-siap untuk pergi.

Sebelum tu, perkara yang perlu dibuat ialah:

1) Google image Broga Hill. Supaya nanti takde la terkejut sangat bila dah sampai. Kiranya kene tengok view dulu. Nak tau bukit tu curam ke tak, nak tau bukit tu ada haiwan liar ke tak.

2) Google map nak ke sana. Tapi kitorang sesat jugak. Tak jumpa jalan. Mungkin sebab kitorang bertolak awal pagi sangat. Gelap. Hujan pulak tu.

3) Baca blog orang-orang yang pernah pegi. Nak tau pengalaman dorang, barang ape yang kene dibawak..

4) Cari member yang nak pegi. Yela, ape jadah pegi hiking sorang-sorang kan?

5) Isi minyak kereta. Kang habis minyak, tak pasal-pasal kene sorong plak.

Bajet
:
Minyak kereta dan tol sahaja... Tak payah beli makanan dan minuman. Bawak je sendiri.

Tempoh perjalanan
:
Kalau dari UIA (tak campur jam) dalam sejam setengah. Kalau jam, dekat 2 jam jugak la.

Tidur di UKM

Aku,
Rai dan Salwa bertolak ke UKM dari UIA pukul 6.30. Plan nak tidur kat kolej adik kat UKM supaya nanti dekat sikit nak ke Broga Hill. Petang tu hujan sepanjang jalan. Jam pulak tu... Adhoyai... Memang makan roti je la dalam kereta. Berhenti solat maghrib pukul 7.15 kat Esso on the way ke UKM. Tapi masalahnya, musolla dia campur lelaki perempuan. Apa jadah la dorang ni... Kenapa tak campur toilet sekali. Kan bagus. Haish~ Nak tunggu gilir-gilir, memang tak la. So, kitorang pun pegi ke stesen Shell sebelum sampai ke tol Sg Besi. Solat kat situ sangat la selesa kan... Sampai kat UKM, dalam pukul 8 malam. Perut rasa lapar. So, kitorang pun pegi la ke cafe kolej Aminuddin Baki. Abang-abang kat cafe tu punyela 'peramah'. Rimas pulak la dibuatnye. Tapi yang kelakar sangat, kitorang dah order makanan, lepas tu abang tu tanya, nak makan ke bungkus. kitorang cakap la bungkus. Bila dah siap makanan, kitorang balik ke bilik adik. Baru la perasan kat resit makanan tu abang tu tulis "Bungkus ye bang..." Hahaha... Suka hati dia la. Tah bila kitorang cakap camtu tah...

Insan yang baik

Sempat lagi nak meng'google' map. Nak confirmkan jalan.
Maklumla, first time pegi. Rasa nervous sikit. Hehe.. Bertolak pukul 5 dari UKM. Konon-konon nak sampai sana awal, then kitorang boleh tengok sunrise. Tapi dah 15 minit, tak jumpa-jumpa jugak simpang yang google map tu cakap. Rasa tak sedap hati dah ni. Tawakal jugak tu. Kitorang patah balik, masuk simpang ke GMI. Tapi rasa macam salah jugak. Adoi... So, sepakat nak tanya kat jaga GMI. Sorang kakak yang baik hati bagitau jalan tu kene ikut highway... Oooo... Yeke... Hahha.. Lepas tu, aku pecut la cari highway. Google map tu pun satu. Kenapa la tak cakap kene ikut highway. Hish~ Stress aku.

Bila dah keluar highway Semenyih, tiba-tiba ada simpang 3. Kompius dah ni nak ikut jalan mana. Ijtihad ambik jalan ke kiri. Tiba-tiba terasa macam salah jalan. Nampak sorang pakcik naik motor nak melintas. Apa lagi. Kitorang tahan la die. Tanya punya tanya, die macam susah je nak explain. Last-last, die kata, "ikut saya.." Hahah... Kitorang pun follow la die sampai simpang nak ke Broga Hill. Alhamdulillah... Ada juga insan mulia macam tu.

Bila dah nampak signboard Broga Hill, dah yakin la dengan jalan tu. Rasa tak sabar. Kitorang follow je signboard tu, tiba-tiba... Tadaaaa..!! Dah sampai masa tu dah pukul 6.30. Belum solat Subuh lagi. Ayyakk! Bukit tu dah depan mata dah. Hahaha... Kitorang pun patah balik la nak cari Petronas. Tapi memang ada Petronas sebelum masuk ke simpang Broga Hill. Tapi saje-saje nak mencuba nasib nak solat kat Musolla The University of Nottingham. Kitorang pun masuk la ikut main gate. Tanya kat guard tu, boleh ke nak tumpang solat. Alhamdulillah... Dia siap bagi direction lagi... Musolla dia punya la gah! Masa tu orang tengah solat Subuh berjamaah. Sejuk telinga dengar bacaan surah...

Hiking bermula

Lepas solat, kitorang terus ke Broga Hill. Masa tu dah pukul 7. Matahari pun macam dah menampakkan diri. Hm.. Macam tak sempat je nak tengok sunrise dari atas bukit sana. Tapi takpelah. Boleh pegi lain kali.. Sampai kat sana, Kereta dah banyak sangat. Hm... Tu tandanya, berduyun-duyun la orang kat atas tu. Ni yang makin teruja ni.

Sebelum naik, stretching dulu.. Takut kang cramp kaki, naya je. Sapa nak angkut bawak turun. Rai conduct. Tapi cincai je sebab dah tak sabar sangat nak naik. Haha... Sarapan pun tak. Memang gamble la kitorang ni. Dah la anak dara lagi kitorang bertiga ni. Yuhuuu..!! Tak sabar sangat.

5 minit daki bukit. Aku dah semput dah. Lama gile kot tak hiking. Pegi kelas pun bawak kereta. Memang stamina tak kuat. Mula-mula tu, kitorang lalu kat kebun kelapa sawit. Tah sapa punye. Kalau aku punye, gerenti aku suruh dorang bayar paking kereta. Hahaha... Jalan lembab. Sebab baru lepas hujan. Tapi tak licin sangat. Alhamdulillah.. Cuaca saaaangat sejuk. Grrr..

10 minit pendakian. Semput lagi. Haha.. Over la aku ni. Ngengada. Tapi serius. Huhuh.. Sapa-sapa nak pegi, kene buat preparation cukup-cukup la. Even bukit tu takde la tinggi mana dan ada yang kata, tak mencabar langsung, tapi bagi aku, tak salah kalau buat preparation lebih sikit.. Sapa yang lelah, bawak la inhaler korang..

20 minit. Dah separuh nyawa dah aku. Hahahah... Tak boleh bla.. Rase nak give up je. Tapi teruskan jugak! Aku nak sampai atas sana... Nak ambik gambar banyak-banyak.. Salwa dengan Rai la dok asyik tolak tarik aku. Haha... Korang la yang the best. Nasib la ye...

Dah setengah jam, tak sampai-sampai lagi. Sebab banyak sangat checkpoint. Lepas tu asyik bergambar tak habis-habis. Masa mula-mula nak mendaki tu, ramai dah yang turun. Tah pukul berapa dorang sampai. Solat Subuh kat atas tu ke. Hehe... Yang berbangsa Cina, tak apa. Ada tempat sembahyang dorang kat bawah tu. Boleh sembahyang dulu sebelum naik. Nampaknya, perlu juga ada surau la kat situ. Memudahkan orang ramai.

1 jam berlalu. Akhirnya sampai slope pertama. Dah nampak lalang yang menghijau... Macam ladang lalang dah aku tengok. Cantik sangat.. Subhanallah... Dengan cahaya merah-merah kat hujung bukit sana.. Ya Allah, tak tahu camne nak explain. Kene naik sendiri baru tau. Cuaca nyaman sekali. Angin sejuk... Ya Allah, tak terkata dah ni.

Nature of Broga Hill

Pada mulanya, sebelum sampai ke puncak bukit, kita akan lalui kebun kelapa sawit. Tapi jangan risau. Kebun tu bersih dan luas. Kemudian kita akan lalui jalan hutan berbukit. Tapi takde la hutan sangat. Dalam setengah jam (kalau jalan laju) kita akan sampai puncak bukit yang pertama yang dipenuhi lalang.. Dan akan ada lagi 3 puncak bukit seterusnya.. Broga Hill ni juga dikenali Bukit Lalang. Tak pasti samada nama Bukit Lalang tu sebab banyak pokok lalang atau Broga means Lalang. Tak tahu la.. Google, tak dapat pulak.

Sekali tengok, bukit ni macam bersih. Kalau tengok betul-betul, banyak jugak sampah merata-rata. Astaghfirullah.. Tapi mujur ada skarelawan yang datang beramai-ramai untuk kutip sampah.. Alhamdulillah.. Kitorang pun tak lepaskan peluang. Ambik plastik, kutip la sampah. Hehe.. Umi Rai kata, Muslim yang baik adalah apabila dia pergi ke tempat yang kotor, dan dia balik dengan tempat yang bersih..

Kitorang mula turun dalam pukul 10.30. Tapi masa tu tak panas pun lagi. Sebab malam tadi hujan. Cuaca pun ok je hari tu. Tapi sampai pukul berapa pulak kitorang nak duduk atas tu kan... Lebih baik turun cepat sementara ade ramai orang lagi. Nanti dah takde orang risau pulak. On the way turun, ramai lagi yang baru nak naik.. Matahari pun dah memancarkan sinar.. Macam mana la dorang tu ye. Mesti panas kat atas tu. Maybe dorang saje-saje kot naik tengahari. Nak tengok matahari dari jarak dekat. Hehhe..

Masa nak turun pun mencabar jugak. Sapa-sapa yang gayat, pejam je la mata. Tanah pun ade yang sedikit curam. Tapi boleh handle lagi.. Kene pandai pilih jalan. Jaga langkah. Alhamdulillah, sampai kat bawah pukul 10.50. Sekejap la pulak nak turun kan. Haha...

Kitorang terus je balik UIA ikut highway. Masing-masing kepenatan. Kaki lenguh-lenguh. Tu la, kurang stamina. Tapi lain kali, mesti kene pegi lagi. InsyaAllah.. Kalau nak buat aktiviti riadhah, sangat la sesuai. Sebab bukit tu tak tinggi sangat dan tak mencabar sangat. Sekadar untuk menikmati ciptaan Allah yang Agung dan bertafakkur tentang kejadiannya. Subhanallah~

Tips untuk pegi hiking

1) Tak payah bawak air banyak-banyak. Buat berat je... Sebab nanti tak ade la penat sangat pun. Bawak 1 botol 100+ dengan 1 botol mineral dah cukup. Sarapan siap-siap. Kalau nak bawak makanan, roti 1 peket je cukup. Lagi pun kat atas tu takde Seven Eleven.

2) Bawak tuala kecik, buat lap peluh. Kalau taknak, takpe. Lap je la guna tudung korang. Heheh..

3) Tak payah bawak sweater. Gerenti berpeluh. Kalau nak bawak pun, bawak baju hujan yang kat Guardian. Yang murah tu. Senang kalau hujan. Kalau suka bawak payung, bawak la. Jangan pulak payung yang besar gedabak tu...

4) Bawak plastik. In case hujan, boleh cover beg korang. Kat atas tu mana ade pondok-pondok.

5) Kalau plan nak pegi sebelum subuh, bawak la torchlight. Kang tak nampak jalan, terpijak gonggok pulak.

6) Camera adalah satu kewajipan. Adalah tidak bermakna naik atas sana tanpa camera. Hehe.. Peace!

Sedikit gambar yang dapat dikongsikan bersama~

Friday, December 17, 2010

Hidup Zero Alasan

Dalam hidup ni, banyak benda yang kita akan lalui. Lagi-lagi bila umur semakin meningkat, kerja semakin banyak, stress semakin kuat. Tapi, sebagai fitrah manusia, kita mesti akan ada masalah. Dan secara semulajadinya, manusia akan berusaha mengatasi masalah tu. Tak kira apa cara sekalipun. Setiap orang, berbeza pendapat dan cara. Tapi, bagi mereka yang lemah iman, mereka akan mengambil jalan mudah untuk lari daripada masalah. Tu adalah orang yang pengecut. Tak berani nak hadapi masalah. Paling teruk, senang je. Bunuh diri. Na'uzubillah~

Apa yang membuatkan mereka lari daripada masalah? Sebab banyak beralasan. Teringat satu kisah. Seorang lelaki yang mempunyai rumah yang bocor bumbungnya. Ketika hujan lebat, air hujan turun melalui bumbung yang bocor. Bila disuruh untuk baiki bumbung tu, dia beralasan "Nanti la. Kan hujan tengah lebat. Nanti basah pulak." Tapi bila hujan dah berhenti, disuruh untuk baiki bumbung tu, dia beralasan lagi, "Buat apa nak baiki bumbung. Kan dah tak hujan.

Ni la contoh spesis manusia yang suka beralasan. Ada je alasan yang nak diberi. Sedangkan dia sendiri sebenarnya malas atau memang tak nak berusaha untuk membaiki. Ini adalah sebagai analogi kepada orang yang suka beralasan. Manusia seperti ni adalah manusia yang tak akan maju dalam hidupnya dan akan berada dalam takuk yang sama sepanjang hidupnya. Tak pernah berfikir untuk berubah membaiki diri.

Thursday, December 16, 2010

Deep in Heart

We were given so many prizes
We changed the desert into oasis
We built buildings of different lengths and sizes
And we felt so very satisfied
We bought and bought
We couldn’t stop buying
We gave charity to the poor ’cause
We couldn’t stand their crying
We thought we paid our dues
But in fact
To ourselves we’re just lying

Oh…I’m walking with my head lowered in shame from my place
I’m walking with my head lowered from my race
Yes it’s easy to blame everything on the west
When in fact all focus should be on ourselves

We were told what to buy and we’d bought
We went to London, Paris and
We made show we were seen in the most exlusive shops
Yes we felt so very satisfied

We felt our money gave us infinite power
We forgot to teach our children about history and honor
We didn’t have any time to lose
When we were.. (were)
So busy feeling so satisfied

We became the visuals without a soul
despite the heat
Our homes felt so empty and cold
To fill the emptiness
We bought and bought
Maybe all the fancy cars
And bling will make us feel satisfied

My dear brother and sister
It’s time to change inside
Open your eyes
Don’t throw away what’s right aside
Before the day comes
When there’s nowhere to run and hide
Now ask yourself ’cause Allah’s watching you

Is He satisfied?
Is Allah satisfied?

Tuesday, December 14, 2010

6 jenis buah-buahan yang membantu diet anda

1. Grapefruit : Kajian menunjukkan grapefruit mengandungi kandungan asam yang dapat menyingkirkan kalori lemak yang terdapat dalam makanan.

2. Limau : Jika dibandingkan buah lain, limau mengandungi serat paling tinggi. Serat yang terdapat dalam limau adalah serat yang larut di dalam air sehingga dapat mengurangkan keinginan seseorang untuk makan.

3. Epal : Berdasarkan kajian, berat badan seseorang turun sehingga 33 peratus apabila makan epal sebelum mengambil makanan berat.

4. Berry : Raspberry, blackberry, blueberry, dan strawberi merupakan sumber makanan yang paling kaya dengan kandungan antioksidan yang dapat mengimbangi metabolisma tubuh.

5. Tembikai : Buah yang mengandungi 92 peratus air ini mampu mengeyangkan dan sekaligus mengurangkan pengambilan makanan secara berlebihan.

6. Anggur : Kandungan antioksidan dalam anggur dapat mencegah pembentukkan lemak dalam perut.

Monday, December 13, 2010

Asma Allah - Sami Yusuf

Raheem, Kareemun, ‘Adheem, ‘Aleemun,
Haleem, Hakeemun, Mateen
(Merciful, Generous, Incomparably Great, All-Knowing
Forbearing, Wise, Firm)

Mannaan, Rahmaanun, Fattaah, Ghaffaarun
Tawwaab, Razzaaqun, Shaheed
(Bestower of blessings, Most Compassionate, Opener, Forgiver
Accepter of Repentance, Provider, Witness)

Allahumma salli ‘ala Muhammad, wa aali Muhammad
Ya Muslimeen sallou ‘alayh
(O my Lord send salutations upon Muhammad
And upon the Family of Muhammad
O Muslims, send salutations upon him)
Allahumma salli ‘ala Muhammad, wa sahbi Muhammad
Ya Mu’mineen sallou ‘alayh

And upon the Companions of Muhammad
O believers, send salutations upon him)

Lateef, Khabeerun, Samee’, Baseerun
Jaleel, Raqeebun, Mujeeb
(Gentle, All-Aware, All-Hearing, All-Seeing
Majestic, Watchful, Responsive)

Ghafur, Shakourun, Wadud, Qayyumun
Ra’uf, Saburun, Majeed
(Forgiving, Appreciative, Loving, Self-Existing by Whom all subsist
Most Kind, Patient, Most Glorious)

Allahu Akbar, Allahu Akbar,
La Ilaaha Illahu, Al Malikul Quddoos
(God is Greater, God is Greater
There is no god but Him, the King, the Most Holy)

Allahu Akbar, Allahu Akbar,
Ya Rahmanu irham dha’fana
(O Most Compassionate! Have compassion on our weakness)

Allahu Akbar, Allahu Akbar,
Ya Ghaffaaru ighfir thunoubana
(O Forgiver! Forgive our sins)

Allahu Akbar, Allahu Akbar,
Ya Sattaaru ostour ‘ouyoubana
(O Concealer! Conceal our defects)

Allahu Akbar, Allahu Akbar,
Ya Mu’izzu a’izza ummatana
(O Bestower of honour! Bestow honour on our Ummah)

Allahu Akbar, Allahu Akbar,
Ya Mujeebu ajib du’aa’ana
(O Responsive One! Answer our prayers)

Allahu Akbar, Allahu Akbar,
Ya Lateefu oltof binaa (x3)
(O Gentle One! Show gentleness to us)

Oltof binaa

25 perkara (oops! cuma 5 sahaja) tentang diri aku~

Hadoi.. tibatiba la pulak kan kene tag dengan Safra a.k.a Ucu. Kalau tak buat cepatcepat, nanti die merajuk pulak. Lepas tu terus taknak jadi Ucu aku. Hahaha...

25 perkaraS tentang diri aku. Banyaknye... Kenapa la tak cukupkan 30 je. Dush! Hm... Bukan la aku beriya sangat nak cerita tentang peribadi. Tapi disebabkan budak Ucu tu yang suruh, aku cerita la sikitsikit... Tapi disebabkan hal-hal yang selalu terjadi (malas), aku buat 5 je la ye. Haha...

1- Dahulunya aku adalah seorang yang SANGAT pemarah. Sikit-sikit, nak marah. Orang salah sikit, nak marah. Hehe... Tapi alhamdulillah, lepas masuk UIA, dapat pulak masuk usrah. Dari situ la aku belajar sifat SABAR. So sekarang, dah tak macam dulu... People change kan...

2- Semakin sayang, semakin sensitif. Hm.. how to elaborate ek? Ok, camni. Contoh, dengan famili. Tahap sensitif adalah hampir-hampir 99%. Hehe.. Kalau dengan parents, ape yang aku nak, mesti kene dapat. Kalau tak dapat, hm... menangis tonggeng-tonggeng punye. Tu, dulu la masa kecit-kecit. Masa boleh menonggeng. Bila dah besar sikit, kalau tak dapat, mesti nak buat muka. Mulut muncung sampai boleh ikat reben. Tapi sekarang, atas didikan tarbiyah, tak macam tu dah. Tapi tetap rasa nak menangis. Duduk dalam bilik air, start la adegan syahdu tahap melempah air mata. Huhu... Teruk betul. Tapi tu la hakikat. Tak boleh nak ubah dah. Sampai la sekarang~

Camni la muka kalau aku menangis. Comel kan? Hehe..

3- Sejenis spesis yang direct to the point. Tak pandai nak berkias-kias. Apatah lagi berpuitis syahdu. Huh! Memang fail lah! Kalau nak cakap dengan aku, PLEASE lah direct. Nanti aku tak faham, susah pulak korang nanti. Kalau nak tegur orang pun, jenis yang direct. Memang sejak azali lagi aku tak pandai nak berkias-kias. Tapi mungkin dengan cara aku ni, ada la sapa-sapa yang tak berkenan. Aku mintak mahap la ye. Tapi sapa-sapa yang dah kenal aku dengan rapat, takde hal la kan.. Dah masak dah. Haha..

4- Apa lagi nak cerita ni? Penat dah aku. Hm... ha. Aku adalah seorang pemandu tegar. Maksudnya, hampir setiap hari aku drive kereta antik aku tu. Kalau dalam kereta, suka menyanyi sampai sakit tekak. Hehe.. Dan jugak agak brutal. Beware, ok!

Camni la lebih kurang kereta aku.

5- Bercita-cita untuk menjadi seorang peguam dan ingin membuka firm sendiri bersama suami. Tapi syaratnya, dia pun mesti la seorang peguam jugak kan~

Sebagai tanda ingatan tulus ikhlas, aku nak tag kawan-kawan lain. Disebabkan aku telah ingkar membuat 25 perkara, dan dengan sukasukinya aku mereduce jumlah perkara itu menjadi 5, so aku nak tag 5 orang je. Dan tajuk pun kene tukar jugak la. "5 perkara tentang diri aku" heheh... Ok, bersediakah kalian?

1- Roomate kesayangan masa kat Matric. Amy Natasha Adam. Hehe...

2- Kawan sekolah dahulu, kini dan selamanya. Ismail Munir.

3- Roomate yang dah lama tak jumpe. huhh... Kak Ain yang comel~

4- Rehan, kau tak terkecuali. Silakan~

5- Last but not least, Mr President Husaini. Hm, agak-agak apa yang nak die cerita ye? wait & see. Haha...

The New Life Begins...

Alhamdulillah, semester baru dah bermula. Macam biasa la kan, seminggu sebelum bukak semester, bukan main semangat lagi. Beli barang-barang yang nak dibawak nanti. Tak cukup duit sendiri, kebas duit mak pulak. huhu.. Sorry mom.. 2, 3 hari sebelum, makin la semangat. Siap-siap dah pack barang. Jadual kelas siap print. Nak tunjuk lagi semangat, siap buat jadual harian. Daripada bangun pagi, sampai nak tido. Waktu bila nak kene makan, waktu bila nak kene exercise, waktu bila nak kene tidur. Tapi bila dah tinggal sehari, mula la rasa semacam. Tido pun dah tak lena. Kepala asyik fikir itu dan ini. Hati ni pulak rasa berat je nak balik UIA. Nanti rindu kat rumah pulak. Huhu.. Tapi setiap pertemuan, mesti ada perpisahan. Setiap perpisahan, mesti ada pertemuan (eh? betul ke ni). Walau macam mana sekali pun, hidup mesti diteruskan. Perjuangan mesti dihabiskan. Destinasi mesti disampaikan. UIA, aku datang kembali...!!

Semester baru, semangat baru, azam baru. Macam-macam yang diazamkan. Azam semester lepas yang tak tercapai, kene diteruskan lagi. Cuma kene renew je la. Edit sikit-sikit. Hehe.. Tinggal 1 semester je nak grad in civil law. Niat di hati nak sambung lagi setahun untuk shariah law. InsyaAllah..

Semoga setelah tiadanya apa-apa tanggungjawab lain, aku akan lebih focus dengan study. No playplay. Walau apa pun, aku tetap akan merindui zaman dan ketika aku menjadi salah seorang exco Law Students' Society IIUM. Amanah itu berat. Amat berat. Sekiranya amanah itu tidak dilaksanakan, ia akan menghantui kita. Na'uzubillah~

Tuesday, December 7, 2010

Tipah ooh Tipah~

Tipah sangat beruntung. Dia dianugerahkan mata yang kuning dan badan yang putih. Dia datang tiba-tiba. Tah dari mana dia datang. Adik aku yang bongsu, Cik Yaya memang suka sangat dengan dia. Tapi masa tu badan dia kurus sangat. Muka cengkung macam baru lari dari rumah. Badan pun comot-comot. So, Cik Yaya biar je dia kat rumah. Cik Yaya mandikan dia, bagi dia shampoo Sunsilk pink, biar badan dia menjadi selembut sutera dan seharum kasturi. Hehe… Yang paling istimewa si Tipah ni, die ni jenis kucing siam. Ekor die kembang. Cantik sangat.

Kenapa aku bagi dia nama Tipah? Kepada Tipah-tipah di luar sana, jangan la terasa. Tiada kaitan antara yang hidup atau yang dah mati tau. Aku tak ada niat nak kaitkan dengan siapa-siapa. Mula-mula, kitorang tak tau jantina kucing ni. Sebab tak nampak pun ‘tanda’ yang die ni jantan. So, aku bagi la die nama Tipah.. Macam sweet je nama tu. Tiba-tiba, kitorang baru perasan die ade ‘tanda’ tu. Wah! Jantan rupenye. Tapi nama Tipah tu dah serasi dengan die. Takkan nak tukar Latip pulak kan. So, kitorang biar je la. Semoga dia tak mengalami conflict of identity nanti. Huhuh…

Banyak sangat perangai si Tipah ni yang selalu buat aku ketawa. Haha…

  • Die akan buang bahan pencernaannya kat tandas. Pandai betul die.. Kalau kitorang nak membuang pulak, terpaksa la siram die punye dulu. Kalau dia pandai siram sendiri, mesti lagi bagus. Huhu… Kalau ade orang kat tandas, die akan beratur kat pintu, ambik nombor giliran. Bila orang dah keluar, baru die masuk. Hahaha…
  • Pantang tengok orang solat, die pun mule la baring kat atas sejadah tu. Hadoi… Kalau kene time aku yang solat, memang kene libas la. No excuse. Haha… Bukan time solat je. Kalau orang tengah lipat baju, memang die akan landing la kat baju tu. Senang cerita, die ni memang pantang kalau ade kain-kain yang terbentang. Mule la nak landing. Kalau bentang karpet merah. Lagi die suke kot.
  • Tipah suka kejut Cik Yaya bangun pagi. Setiap jam 6, die akan masuk bilik dan mengiau kat Cik Yaya. Cik Yaya pun terpaksa la bangun sebab Tipah dah buat suara manja. Hehe.. Satu hari, Tipah tak kejut Cik Yaya. Bila Cik Yaya dah siap-siap nak pergi sekolah, baru Tipah bangun. Mak tanya Cik Yaya, Tipah bangun lambat ke. Patut la tak kejut Cik Yaya. Hahaha…
  • Setiap kali mak dan Cik Yaya balik dari sekolah, mesti die dah tunggu depan pintu. Mengiau manja, main-main kat kaki orang. Lepas tu, lari ke dapur. Ready kat depan bekas makanan die sambil menggoyang-goyangkan ekornye yang kembang tu. Tandanya perut dah lapar. Haha..
  • Tipah suka tidur kat atas almari. Bukan atas almari baju kat rumah tingkat bawah. Die akan tidur atas almari baju kat tingkat atas. Huish… Senang cerita, die ni memang suka kat tempat tinggi-tinggi la. Tinggal lagi belum duduk atas siling je. Dia suka tidur dalam bilik dengan adik aku yang pertama, Cik Lala. Selalunya bila Cik Lala bangun, die pun bangun jugak. Bila Cik Lala nak turun tangga, die pun sibuk nak turun jugak. Kadang-kadang, pernah sampai nak terjatuh tangga sebab nak mengelak daripada terpijak Tipah. Lepas tu, mula la mengiau nak susu. Cik Lala ni jenis malas sikit nak melayan Tipah. Tipah pulak suka buat muke kesian. Bila Cik Lala taknak buatkan die susu, die pun minum la susu basi yang ada kat bekas makanan die. Cik Lala pun, “Tipahhhh…!!! Jangan minum susu tu..!! dah basiii…!!” Hadoi.. Terpaksala buatkan susu si Tipah. Tipah pun tersengih dengan gembira.. Hahah..
  • Tipah suka tengok tv. Kalau orang tengok tv, die pun sibuk duduk atas riba orang. Macam paham je tv tu. Kalau tak ada orang, die tengok la sendiri. Haha.. Kesian die..
  • Semakin hari, Tipah semakin besar. Mula la die nak tunjukkan sifat kepahlawanannya. Die suke memburu cicak. Eee…..!! geli..!! Banyak dah cicak-cicak yang kat rumah tu dah jadi arwah. Bagus jugak, tapi aku geli bile tengok cicak tu kene belasah dengan Tipah. Yerks!!

Yang paling manjakan Tipah, Cik Yaya la. Kalau aku, memang takut sikit sebab takut die cakar. Huhhu.. Nanti berdarah, cedera parah terus. Setakat belai-belai bulu die, boleh lagi la. Kalau die mula nak mengganas, mintak mahap. Tak layan… Tapi sebenarnye, tak sakit pun die cakar. Cik Yaya cakap cakar-cakar manja.. Gigit-gigit manja..

Pernah satu hari Tipah sakit. Pipinya bengkak sebelah. Mulut die busuk. Mungkin ada nanah dalam mulut die. Badan die panas. Baring je kat dalam bilik. Bagi minum susu pun die tak nak.. Baru nak bawak die pegi klinik, esoknye dah sihat. Boleh lari-lari. Haha… Takut pegi klinik rupenye si Tipah ni.

:: ni la Tipah ::

10:28 PM

Read On 3 comments

Hidup Zero Alasan

1:36 PM

Read On 2 comments

Deep in Heart

5:39 PM

Read On 0 comments

6 jenis buah-buahan yang membantu diet anda

9:55 PM

6:21 PM

12:29 AM

12:06 AM

2:19 PM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...