Friday, May 28, 2010

Etika Peguam Syarie

1. Akhlak dan peranan Peguam Syarie.

Peguam Syarie hendaklah mempunyai akhlak, sikap dan tingkah laku yang mulia, dan dalam melaksanakan tugas dan peranannya hendaklah bersifat amanah, jujur dan berniat baik untuk menegakkan keadilan.

2. Meningkatkan pengetahuan.

Peguam Syarie hendaklah sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengetahuan hukum syarak dan undang-undang supaya tugas guaman dapat dijalankan dengan lebih cekap dan berkesan.

3. Peguam Syarie hendaklah menjalankan pembelaan dengan cara yang saksama dan terhormat.

Peguam Syarie yang menjalankan pembelaan bagi seseorang dalam apa-apa perkara, hendaklah bertanggungan dengan segala cara yang saksama dan terhormat mengemukakan setiap pembelaan yang dibenarkan oleh undang-undang.

4. Menghormati mahkamah.

Peguam Syarie hendaklah sentiasa menghormati dan tidak boleh melakukan perdayaan ke atas mahkamah.

5. Peguam Syarie hendaklah mempertahankan kepentingan keadilan, pelanggannya dan kehormatan profesionnya.

Peguam Syarie hendaklah bertindak dengan segala tertib di hadapan mahkamah di mana ia hadir dan berani mempertahankan kepentingan keadilan, pelanggannya dan kehormatan profesionnya.

6. Peguam Syarie tidak boleh menjalankan kes mal yang dimaksudkan untuk melambatkan perbicaraan.

Peguam Syarie tidak boleh menjalankan sesuatu atau membuat pembelaan yang mana adalah dimaksudkan semata-mata untuk melambat-lambatkan perbicaraan atau menyusahkan atau memudaratkan pihak lawan atau untuk melakukan penindasan atau sesuatu yang salah.

7. Peguam Syarie hendaklah berkelakuan jujur, tertib dan saksama.

Peguam Syarie hendaklah berkelakuan jujur, tertib dan saksama di hadapan mahkamah dan lain-lain peguam.

8. Peguam Syarie hendaklah sedia untuk perbicaraan pada hari yang ditetapkan.

Peguam Syarie hendaklah menjalankan segala usaha supaya sedia untuk perbicaraan pada hari yang ditetapkan. Memohon penangguhan sesuatu kes yang telah ditetapkan perbicaraannya hanyalah atas sebab-sebab yang baik dan memaksa.

9. Peguam Syarie tidak boleh mengelirukan.

Peguam Syarie hendaklah mengelakkan segala perkara yang boleh mengelirukan pihak yang tidak diwakili oleh Peguam Syarie.

10. Peguam Syarie hendaklah sentiasa melayan saksi pihak yang menentang dengan saksama dan timbangrasa.

Peguam Syarie hendaklah sentiasa melayani saksi-saksi dan pihak-pihak yang menentang dengan saksama dan timbangrasa dan dia hendaklah jangan sekali-kali memberi galakkan kepada niat jahat atau prasangka seseorang pelanggan dalam menjalankan sesuatu kes.

11. Peguam Syarie hendaklah mencegah pelanggannya daripada melakukan tidak baik terhadap mahkamah.

Peguam Syarie hendaklah berikhtiar sedaya upaya untuk mencegah pelanggannya daripada melakukan perkara-perkara yang tidak patut dilakukan terutama sekali berkenaan dengan kelakuannya terhadap mahkamah dan pegawai-pegawai kehakiman, saksi-saksi dan pihak-pihak yang berkenaan. Jika seseorang pelanggan berkeras hendak melakukan perbuatan salah seperti itu, Peguam Syarie itu hendaklah menamatkan perhubungannya.

12. Peguam Syarie tidak boleh berhubung dengan orang yang diwakili oleh Peguam Syarie lain.

Peguam Syarie tidak boleh berhubung dengan seseorang mengenai apa-apa perkara yang berkenaan dengannya dia tahu orang tersebut adalah diwakili oleh seseorang Peguam Syarie lain kecuali dengan izin yang nyata dari Peguam Syarie yang lain itu.

Etika Peguam Syarie

4:11 PM

Read On 0 comments
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...