Tuesday, July 26, 2011

Dia masih di situ

Dah lama rasanya bercuti semester kali kali. Ya, 5 bulan lamanya. Dan aku masih lagi di rumah. Bekerja sebagai guru ganti hanya untuk sebulan. Kemudian… Duduk rumah. Membantu mak buat kerja-kerja rumah. Bosan? Sesekali Cuma. Berada di rumah cukup menenangkan. Takde assignment yang perlu dibereskan. Takde baju yang berlonggok untuk dibasuh. Tak perlu keluarkan duit untuk beli makanan, minuman dan sebagainya. Takde budak-budak kecik yang riuh. Takde suara-suara jiran tetangga yang nyaring.

Aktiviti harian? Macam-macam. Habis satu rumah aku geledah, aku selongkar, aku kemas. Macam-macam benda aku jumpa. Benda yang sangat sentimental bagi aku. Yang dah lama tersepuk dalam kotak-kotak yang bertimbun dalam stor. Surat-surat cinta monyet, cinta biawak, cinta tenggiling, semua ada. Lucu rasanya bila baca surat-surat tu. Surat kawan yang dah lama berpindah ke sekolah lain pun ada. Maklumla, masa tu handphone belum mampu dimiliki. Diari-diari lama, aku baca balik. Mengungkit kisah-kisah lama yang dah lama aku lupakan. Suka, duka, dendam, kenangan manis, semua aku catat dalam diari. Sekarang, sangat tak sempat nak tulis diari.

Kadang-kadang aku keluar ronda-ronda menaiki kereta. Sewaktu lalu di hadapan sekolah menengah, aku masih lihat Mak Cik Jual Kuih itu masih ada di situ. Ramai yang beli kuih dengan dia. Aku ingat lagi dulu aku selalu beli kuih Mak Cik tu. Popia goreng dia sangat la sedap. Karipap pun boleh tahan rasanya. Mak Cik tu sangat baik, peramah. Tak pernah pulak tanya nama Mak Cik tu. Cuma dia dikenali dengan nama Mak Cik Jual Kuih. Masih gigih Mak Cik tu jual kuih. Dari dulu, sampai la sekarang.

Aku teruskan perjalanan, di sebelah sekolah tu, ada sebuah kedai junk food. Kitorang panggil Kedai Bahar. Mungkin sebab nama pemilik kedai tu Pak Cik Bahar. Kedai tu masih lagi beroperasi sampai sekarang. Pak Cik Bahar pulak dah semakin tua. Kurus. Rambutnya putih. Anak-anak dia takut dengan Pak Cik Bahar. Mukanya bengis. Tak pernah aku nampak dia senyum.

Aku teruskan lagi. Sekolah Taski yang dah banyak berubah. Dulunya, bangunan papan. Siap ada tangga lagi. Tapi sekarang dah tukar bangunan batu. Lebih kukub dan lebih moden. Kenangan masa kecik-kecik yang terjadi kat Taski tu, takkan aku lupakan. Terlalu banyak tragedi. Antaranya, tragedi dahi berdarah. Ouch~ sakit rasanya bila dikenang kembali. Hehe..

Teruskan lagi perjalanan. Di jeti hujung sana. Masih lagi ada kedai menjual sayur, ikan dan ayam. Ya, milik Pak Cik Ipin. Pak Cik Ipin sangat pembersih. Kedai dia sangat bersih dan licin. Walaupun ada jual ikan, ayam, udang, sotong dan sebagainya, tapi takde sekor lalat pun kat situ. Lantai kedai tu dah boleh jadi cermin disebabkan kerap dibasuh oleh Pak Cik Ipin.

Aku teruskan lagi. Singgah di masjid. Masjid tu la tempat kitorang solat lepas waktu persekolahan sekolah menengah. Jarak dengan sekolah, 5 minit je dengan berjalan kaki. Aku selalu parking kasut kat satu pondok tepi masjid. Tapi sekarang dah takde pondok tu. Dibina pula satu bangunan batu. Comel je bangunan tu. Maka, hilanglah kenangan aku kat pondok tu..

Dah jauh aku jalan ni. On the way balik, aku nampak Jikin. Orang gila yang masih lagi gila. Rambutnya panjang, serabut. Bajunya kotor. Seliparnya dah buruk. Kadang-kadang, ada orang sedekah baju kat dia. Hm.. Dah lama aku nak tau kenapa Jikin jadi macam tu. Tapi Jikin baik. Dia tak kacau orang. Mukanya sangat simpati. Kesian aku tengok dia…

Cepat sungguh masa berlalu. Alhamdulillah aku masih lagi bernafas di bumi Allah ni. Banyak kenangan aku di dunia. 24 tahun aku bernafas. 24 tahun juga aku menjalani kehidupan sebagai hamba Allah. Sementara aku masih hidup, kenalah menghargai semua yang ada. Nikmati semua nikmat yang Allah pinjamkan. Ya, semua masih di situ. Begitu juga aku.

Wednesday, June 29, 2011

Ada sebelum tiada

Sesuatu perkara yang biasa. Sebagai manusia, kita jarang menghargai apa yang ada di depan mata. Tapi, bila ia dah takde, baru lah kita akan hargainya. Normal kan? Kenapa ye selalu jadi macam ni?

Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara. Salah satunya, ada sebelum tiada. Banyak perkara yang kita kena hargai dan syukuri. Kadang-kadang, kita tak sedar pun perkara tu berharga semasa ia masih ada. Bila ianya dah takde, baru kita tersedar, kenapa aku tak hargai. Kenapa aku tak buat buat itu, tak buat ini masa ia ada. Waktu tu, dah terlambat. Masa takkan berulang lagi. Ia akan menjadi sejarah dan kenangan buat kita. Dan juga, pengalaman dan pengajaran supaya kita takkan ulangi kesilapan itu.

Faham ke maksud aku ni? Haha.. Aku bukanlah jenis yang pandai bermadah berhelah. Bermuhasabah cuma.

Surat cinta untuk Allah

Ke hadapan Tuhanku yang Maha Agung. Maha Pengasih. Maha Pengampun.

ALLAH~ Aku sedang lemah..

Ya Allah. Tidak sekali-kali Kau jauh daripadaku melainkan aku yang menjauhkan diri daripadaMu. Aku yang menjauhkan diri. Aku, ya Allah…

Terlalu banyak dosa yang aku lakukan. Terlampau-lampau banyaknya. Ampunkan aku ya Allah. Aku hamba yang hina. Yang tak tahu erti bersyukur.

Ya Allah, masihkah ada ruang untukku untuk mendapat keampunanMu ya Allah. Adakah Kau masih ingat akan aku? Malu rasanya, ya Allah. Aku malu sebab aku lah yang selalu melupakanMu.

Aku rindu ya Allah. Aku rindu untuk berbual denganMu. Dah lama kita tak berbual. Mana Kau menghilang ya Allah. Mana. Tidak. Kau tak hilang. Aku yang menghilangkan diri. Aku yang hilang, ya Allah.

Aku mencariMu, Tuhan. Aku datang. Aku datang ya Allah. Membawa bergunung dosa untuk minta Kau ampunkan. Aku malu sungguh ya Allah. Mahukah Kau ampunkan dosa aku?

Tuhanku, aku tidak layak untuk syurgaMu. Tetapi aku tidak pula sanggup menanggung siksa nerakaMu. Ampunkanlah dosaku ya Allah.

Allah Maha Pengampun. Walaupun selangkah aku jauh dariMu, sejuta langkah Kau dekat padaku. Ampunkan aku, ya Allah. Aku merayu, sujud memohon keampunan… Astaghfirullah al ‘Azim..

Pencari Tuhan,

Siti Masleha

Percaya atau tidak?

Masa kecik-kecik dulu selalu dengar banyak pantang larang. Orang tua-tua zaman dulu kan terlalu mementingkan adat dan tradisi. Banyak la pantang larang yang dorang dapat daripada nenek moyang. Kalau langgar pantang larang, akan ada la akibatnya. Huish~ Seram dengarnya. Kalau boleh, semua pantang larang tu kena dijaga. Ha, gitew la kan~

Jangan pakai payung dalam rumah. Nanti ular masuk. Apa kaitan pakai payung dengan kemasukan ular dalam rumah? Ular tu nak tumpang payung sekali ke? Atau pun, kat luar tu hujan turun. Tu sebab die masuk rumah. Nak berteduh kot. Haha… Tah. Tak tahu la apa kaitannya.

Jangan menyanyi kat dapur. Nanti dapat suami tua. Kenapa ye? Mungkin sebab lelaki tua suka dengar anak dara menyanyi kat dapur kot. Memang sesuai dijadikan jodoh. Sebab anak dara tu hebat. Sambil masak, sambil menyanyi. Ha.. Nanti boleh la die suruh isteri dia masak sambil dodoikan anak kat dapur. Heh? Merapu dah aku ni.

Jangan potong kuku waktu malam. Nanti hantu datang? HANTU datang? Pelik kan? Kenapa hantu nak datang masa orang tengah potong kuku? Datang la masa raya. Lebih afdal. Dapat makan kuih raya. Hehe..

Jangan tunjuk pelangi. Nanti jari kudung. Mungkin pelangi tu mempunyai kuasa ajaib yang mampu mengkudungkan jari jemari manusia. Masa kecik-kecik dulu, sangat la takut nak tunjuk pelangi guna jari. Takut bebeno jari kudung. Sanggup tunjuk guna muncung mulut. “E’eee…!! Cantiknya pelangi tuuuuu… (muncungkan mulut ke arah pelangi).” Ha, jaga-jaga. Nanti mulut kudung pulak.

Jangan guna pensel yang lebih pendek daripada jari kelingking. Nanti mak kita mati. Homaigod! Nyawa mak kita bergantung kepada kependekan sebatang pensel. Oh, tidak! Sangat la takut nak asah pensel pendek-pendek. Sebagai langkah berjaga-jaga, bila pensel tu dah sama pendek dengan jari hantu, cepat-cepat buang. Takut sangat kalau mak kita mati.

Banyak lagi la pantang larang yang aku dengar masa kecik-kecik dulu. Kenapa mesti ada semua pantang larang tu? Semua tu karut belaka. Takde kaitan langsung. Bagi aku, mungkin macam tu la agaknya orang tua zaman dulu nak mengajar anak. Contohnya, jangan potong kuku waktu malam. Bukan apa. Malam kan gelap. Takut kita terketip jari. Kan sakit. Mungkin nampak exaggerate bila kata hantu akan datang. Tapi, dengan cara tu, budak-budak akan lebih takut dan dengar kata. Ha.. Logik tak explanation aku? Haha..

Tak mustahil zaman sekarang yang moden ni, orang masih amalkan pantang larang. Lagi-lagi pada majlis perkahwinan. Saaaangat la banyak pantang larang dan petua yang tak masuk akal.

Jangan tengok cermin dari sehari sebelum bersanding. Nanti tak naik seri. Hm.. Mari kita renungkan apa kaitannya. Kenapa pulak tak boleh tengok cermin? Kenapa? Kenapa? Aku tak puas hati betul la. Haha.. Kesian pengantin tu.

Jangan mandi pada hari persandingan. Nanti tak naik seri pengantin. Naik ke seri kau kalau kau tak mandi dek non oi? Busyuk betul..

Campak pakaian dalam pengantin ke atas bumbung rumah. Supaya cuaca cerah dan tak hujan pada hari majlis. Eee.. Tak malu ke? Kenapa pulak kau yang nak kawal hujan? Bukan ke Allah yang berkuasa nak turunkan hujan atau tak. Kau ingat, hujan tu takut nak turun ke bila dia nampak baju dalam kau? Astaghfirullah~ Mengarut semua tu.

Banyak yang mengarut daripada yang logik semua pantang larang tu. Ada yang kata, tak percaya pun. Tapi nak jaga hati orang-orang tua, kita buat je la. Nanti kata kita ni degil tak dengar kata pulak. Biarkanlah. Bagi aku, kita kene la slow talk dengan dorang. Kita ada alasan kita sendiri kenapa kita taknak ikut pantang larang tu. Tak logik. Bimbang jatuh khurafat dan syirik pulak. Yang penting, kita usaha dan bertawakal. Usaha dengan cara yang betul. Contohnya buat sembahyang hajat supaya cuaca elok. Ambil wudhuk sentiasa untuk menaikkan seri wajah. Berdoa supaya apa yang dirancang, berjalan dengan lancar.

Thursday, June 9, 2011

Mulut orang

Kita hidup kat dunia ni, mesti la bermasyarakat. Kalau tak, nanti jadi kera sumbang pulak. Bila dah bermasyarakat, maka, banyak la ragam manusia yang kita dapat tengok. Ada yang cenggitu, ada yang cenggini.

Selalunya, kalau pegi kenduri kawen, mesti kita akan selalu dengar perbualan-perbualan orang yang datang. Contohnya:

“Eh, anak Joyah ni muda lagi dah kawen. Dah taknak belajar ke? Takpun…. Mesti something wrong tu.”

“Lambatnya anak Joyah ni kawen.. Muka dah kerepot-kerepot dah tu.. Isk2.. Nasib baik ada lagi orang yang nak kat die.”

“RM5000 je hantaran dia? Murahnya.. Belajar tinggi-tinggi, tapi hantaran ciput. Kedekut betul laki dia.”

“HAAA?? RM20 000? Gile betul mak bapak dia. Jual anak ke hape?”

Tu baru kat kenduri kawen. Belum lagi benda-benda lain. Lagi macam-macam yang kita dengar. Bila dah kawen, masih lagi orang nak kata:

“Dah sebulan kawen. Dah berisi belum? Hihi..”

“Milah, anak kau tu dah setahun. Taknak tambah lagi sorang dua ke?”

“Anak kau dah ramai tu Milah, takkan nak pakai Toyota Swift je? Bila nak tukar Harrier pulak? Besar sikit.”

Haa.. Camnilah ragam manusia. Mulut orang, bukan macam mulut tempayan yang kita boleh tutup dengan kain buruk. Sabo je laa..

Friday, May 27, 2011

Bulan Istimewa si Bulan Mei ~ I LOVE U MOM!~

Hari Ibu, Hari Guru dan Hari Lahir. Pergh~ Malatopz la. Special month for my mom, Puan Hajjah Siti Masitah.

Aku tak sambut hari ibu.Sebab aku sambut hari emak. Tapi hari-hari la sepatutnya hari emak kan? Ape la akuni. Kenapa mesti ada hari ibu? Hm.. Tah la. Macam hari guru jugak la. Kenapa mesti ada hari guru? Takpe la. Semua orang ada pendapat masing-masing.

16 Mei 2011. Seperti biase, mesti mak akan dapat berbakul-bakul hadiah. Tahun ni aku tak dapat nak tolong mak bukak hadiah. Sebab aku pun sambut hari guru jugak kat SK Seri Kundang. Hehe.. Tapi hadiah aku, tentu-tentu la tak sebanyak hadiah mak.Baru sebulan aku keje.

27 Mei 2011. Selamat hari lahir mak. Umur mak dah 56, tapi mak tetap nampak mude. Hehe.. Kembang la tu.Sebenarnye, aku tak tau nak bagi hadiah ape kat mak.Yela, sebab duit belanje hari-hari pun mak yang support. Kalau aku beli hadiah, sama la macam aku tolong mak beli hadiah. Sebab gune duit mak. Wawawa~ Tunggu la aku dapat gaji sendiri nanti.. Tapi mesti mak kate, ‘cukup la kalau dah tolong masak kat rumah.’ Haha.. Gitew..

Mak, terima kasih sebab dah membesarkan Siti. Mak tau tak, Siti tak pernah rasa yang Siti dah takde ayah.Mak bagi semuanya cukup. Lengkap. Sempurna. Sampai Siti pun lupe yang Siti dah takde ayah. Mak la ibu, mak la ayah. Ape yang kitorang adik beradik nak, mesti mak bagi. Kalau kitorang belajar main-main, mesti mak marah. Kalau kitorang gaduh, mesti mak marah. Kalau kitorang cakap benda tak elok, mesti mak cili mulut.

Mak, tengok la Siti sekarang. Siti baik kan? Siti tak jahat kan? Hehe.. Siti suka tolong orang. Siti pandai. Bijak. Cantik pulak tu. Ok, yang ni aku perasan je. Terima kasih mak. I love u soooo much! Muaaaah!

Ya Allah ya Rabb. Kau panjangkanlah umur ibuku. Kau rahmatilah hidupnya. Limpahkanlah rezeki yang baik untuknya. Permudahkanlah segalaurusannya. Panjangkan juga umurku supaya aku sempat untuk membalas segala jasanya. Berkati dan rahmatilah aku. Makbulkanlah permintaanku Ya Allah~

Wednesday, May 18, 2011

Selamat hari guru buat semua guru di dunia yang fana ini - Episod Akhir

Dahulu~

Bila tiba je hari guru, aku sangat teruja nak beli hadiah untuk cikgu. Selalunya, aku akan beli hadiah untuk semua cikgu yang ajar aku. Semua sekali. Tak terlepas walau seorang. Bagi aku, biarlah hadiah tu murah, asalkan semua cikgu dapat. Takde la yang kecik hati nanti.

Seronok tengok cikgu senyum dapat hadiah. Sambil bagi hadiah, sambil dapat nasihat daripada cikgu-cikgu: “Belajar betul-betul ye sayang..” Hehe.. Baik cikgu.. I love u..

Mak akan tanye nak berapa hadiah kali ni? Aku tinggal cakap je berapa. 16? 17? 20? Mak akan belikan. Aku la yang akan bertungkus lumus membalut. Selalunya, hadiah aku sama je dengan adik-adik aku punye. Haha.. Yela, satu company.

Kini~

Aku la cikgu. Dapat hadiah daripada murid-murid ni best rupenye. Tanda dia ingat kat kite. Tanda die suka kat kita. Yeke? Tak jugak la.. Dulu, aku bagi je kat cikgu sape-sape even aku tak suke. Hehe.. Janji, aku bagi. Tapi sebenarnye, bukan hadiah yang cikgu-cikgu nak. Tapi doa dan kejayaan anak-anak murid kite. Tapi tak dinafikan agak terasa jugak la kat anak murid yang tak bagi hadiah kat kite, tapi kat cikgu lain, die bagi pulak. Macam aku mengajar tak best je. Haha.. Tapi takpe la.

Kalau dulu, cikgu yang paling garang atau yang paling kite tak suke la kite akan ingat-ingat sampai sekarang kan? Dan sekarang, murid yang paling aku tak suke, yang paling nakal la yang aku akan paling ingat. Hehe.. Nuqman. Aku pernah campak buku die sebab die tipu aku. Die kate die tak bawak buku. Pulak tu, die dok kacau kawan-kawan lain buat keje. Later, I found out, die bawak buku tu. Mengamuk aku dalam kelas. Bila Hari Guru, die la murid pertama bagi aku hadiah. Terharu wehhh.. Huhu.. Nuqman, cikgu marah sebab cikgu sayang tau~

………………………

Rasanya belum terlambat untuk ucap Selamat Hari Guru kepada semua guru aku dari sekolah Taski sampai aku di Universiti. Even kawan-kawan yang sama-sama berjuang hingga grad. Semua adalah guru. Kawan-kawan la yang paaaaaaling banyak mengajar aku. Study group yang sememangnya tradisi aku dan kawan-kawan di UIA. Tanpa study group tu, tak tau la apa jadi dengan aku sekarang. Happy Teacher’s Day kawan-kawan. I love u so strong~ Hehe..

Sunday, May 15, 2011

Selamat hari guru buat semua guru di dunia yang fana ini - Episod 5

International Islamic University Malaysia (2007-2011)

Masuk je main camp, terasa macam terkejut jugak la. Sebab apa? Sebab pakaian masing-masing semakin vogue. Gitew.. Main camp pulak lagi besar daripada Matric. Kalau dulu kat Matric, nak pegi library dari Mahallah Zainab pun dah terasa jauh. Nak pegi SMAWP lagi la terasa jauh. Sekali kat main camp, ha, hambek kau. Semua jauh. Sedih.. Sedih.. Nasib baik dapat Mahallah Sumayyah yang dekat dengan kulliyyah. Kalau dapat Mahallah Maryam sana, maunye aku mogok taknak pegi kelas. Hehe..

Tahun kedua, dengan beraninya aku bawak kereta. Sepatutnya tak boleh bawak lagi. Dan dengan sebab itu, banyak kali la jugak aku kene saman.. Sepanjang aku di UIA Gombak, ade la 10 saman terkumpul. Hebat sungguh diriku ini. Ni termasuk saman tak register electrical items.

Selama 4 tahun aku menuntut dengan ilmuwan di AIKOL. Semuanya hebat laksana Hang Jebat. InysaAllah selagi jasad dikandung badan, jasa kalian sentiasa dalam ingatan.

Dr Ida Madieha, thanks sebab bagi saya A untuk Contract Law 1. Begitu juga Dr Mohaimin. Walaupun tak dapat A untuk Contract Law 2, saya tetap seronok masuk kelas Dr. Lagi-lagi kelas tutorial. Enjoy saja..

Madam Naimah, Madam Zarina yang mengajar Tort 1 dan Tort 2.. Walaupun Torts Law bukan la minat saya, tapi ilmu yang anda berikan, sangat-sangat saya hargai. Terima kasih Madams.

Madam Maizatun yang lemah lembut mengajar Malaysian Legal System sentiasa akan menjadi idaman setiap student. Hehe.. Madam, kalau Madam nak tau, nota MLS la yang paling saya suke sebab Madam cakap seketul-seketul. Sempat saya salin semua. Hehe..

Dr Zaid, Dr Naim, Dr Abdallahi, Dr Shafai, Dr Hafiz yang mengajar subject Shariah.. Terima kasih. InsyaAllah saya akan proceed ke shariah lepas ni.

Madam Rusni yang sangat sporting pakar Islamic Banking and Takaful. Madam, saya admire jam berlian Madam. Hehe.. Saya teringin nak jadi SAC. Keep in touch ye Madam. Love you..

Pasangan suami isteri Dr Baharuddin dan Dr Mahanoon. Tenaga pengajar Criminal Law yang paling aku minat. Walaupun diorang ni scary marry, tapi aku still suke tau. Dr Baha selalu cakap: ‘Use your common sense! Don’t be like a parrot!’ Kecut perut dengar. Haha.. Jarang sekali yang dapat A subject Criminal. Die kate, kalau dapat A tu, taraf professor. Kalau dapat B, taraf lecturer. Dapat C, tu taraf student. Ciss! Aku redha.. Huhu..

Pasangan suami isteri Dr Zulfakar dan Dr Normi mengajar Evidence and Procedure in Shariah Court. Sungguh la sporting… Tak tau nak cakap camne. Haha.. Group aku pulak jadi favourite Madam dalam tutorial. Hehe.. Sila la jeles ye. Love you la Madam.

Dr Shamrahayu, Prof Ibrahim, Dr Khairil Azmin pulak pengajar Constitutional Law. Argh.. Memang subject yang paling bosan dalam hidup aku. Walau sebest mana pun lecturers ajar, aku tetap tak minat. I’m sorry.. (Amir raja lawak). Hehe..

Public International Law? Sangat la best bila belajar dengan Dr Hisham. Sangat faham dan dia pun sangat sporting. Dengan Prof Ghafur? Dia comel. Haha.. Anyway, memang subject ni antara yang aku paling minat.

Madam Azlinor dan Dr Azmi pulak ajar Land Law. Walaupun Land ni best, tapi still aku tak berapa nak minat. Tapi ada hati la kan nak practice conveyencing nanti. Verangan, ok!

Madam Halyani dan Prof Aiman Nariman ajar Company Law. Subject yang paling ditakuti oleh 3rd year student. Begitu juga aku. Tapi sebenarnye senang je kot. Tu pun aku exam-oriented je. Hehe..

Madam Juriah dan Madam Duryana. Mengajar subject yang paling penting dalam court. Civil Procedure. Walaupun macam leceh sikit, tapi, kene terima hakikat subject ini paling penting. Ok, sekian terima kasih.

Dr Abdul Rahman ajar subject Criminal Procedure. Sir, I like your style. Carry Mark pun saya suke. Thanks sir for everything. Sangat sporting and supportive. As well as Dr Rani, Sir Raja Badrol Hisham. Gandingan mantap untuk Criminal Procedure.

Evidence Law? Hm.. Prof Akram, Sir Nazri, Madam Shahnaz, Sir Ismail dan Dr Zulfakar. Sir, I don’t know why I can’t get an A for the subject. I’ve tried the best and I expect higher marks. Tapi tak tau la kenapa. Though I love this subject sooooo much. I’ve paid full attention in the class, but stil.. *sigh* Hm.. You know best sirs and madam. Thanks for everything~

Lecturer yang amat professional dalam mengajar Professioanal Practice; Mr Baharuddin. Wow~ Dalam kelas, tak lepas daripada mengantuk. Muka nampak garang, slang dia, susah sikit nak faham. Tapi.. Dia sangat la lenient. Markah? Sangat la senang nak dapat. Hehe.. Begitu juga dengan Mr Naim. Both are the best!

Walaupun some of the lecturers tak mengajar aku, tapi aku agak rapat dengan dorang. Antaranya, Dr Iqbal. Kenal die melalui Raihana. Ada la kesahnya. Tak cukup nak cerita kat sini. Dr Iqbal ni, cakap main lepas je. Aku ni ha, banyak kali la kene kutuk. Kow2 punye. Tapi aku kene tabah. Lecturer tu. Haha.. Ala, Dr Iqbal tu nampak je camtu. Walaupun die macam sarcastic sikit, tapi die baik. Ok je die selama aku kenal die. Terima kasih Dr sebab layan saya macam student Dr sendiri. Hehe..

Begitu juga dengan Madam Ramizah. Dia ni macam mother instinct sikit. Selesa je kalau bersembang dengan dia. Memahami, sporting. Ramai student rapat dengan dia. Thanks Madam atas semua nasihat Madam. Jasa Madam, takkan saya lupakan, insyaAllah~

Untuk subject elective, Madam Puteri Nemie yang ajar Medical law yang sangat susah tapi best. Prof Syed Khalid Rashid yang ajar Alternative Dispute Resolution. Walaupun aku asyik tido je dalam kelas tu, tapi aku tetap enjoy. Audit subject, Commercial Law. Thanks and credit to Madam Mahanoon. I'm sorry Madam for making you mad once in the class just because I'm auditing student. So sorry Madam...

bersambung..

Dia masih di situ

4:16 PM

Read On 3 comments

Ada sebelum tiada

4:12 PM

Read On 1 comments

Surat cinta untuk Allah

4:01 PM

Read On 0 comments

Percaya atau tidak?

3:43 PM

9:18 AM

2:03 PM

5:18 PM

9:39 PM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...