Bertuah rasanya menjadi seorang Siti Masleha. Anak kepada sepasang suami isteri yang sangat hebat di muka bumi Tuhan ini. Hj Makenan dan Hjh Siti Masitah. Insan itulah yang menjadikan aku seperti aku hari ini. Terima Kasih Allah kerana menghadiahkan aku insan-insan itu. Aku sangat bertuah. Aku adalah orang yang paling bertuah ya Allah~
Pejam celik, pejam celik, tak sangka dah final semester aku di UIA. 2 tahun aku di marikulasi PJ, dan 4 tahun di main campus Gombak. Sungguh cepat masa berlalu. Orang kata, waktu kita study adalah waktu yang paling seronok dalam hidup. Yeke? Aku sedang merasainya sekarang. Memang seronok sebab masih tak banyak masalah untuk dihadapi. Duit? PTPTN ade. Tak cukup PTPTN? FAMA (father mother) ade. Masalah kerja? Alahai, cuma assignment je pun.. Apatah lagi masalah rumahtangga. Jauh sekali..
Kehidupan sebagai seorang pelajar adalah suatu nikmat. Cubalah bayangkan mereka yang tak mampu untuk sambung belajar. Tak mampu dari segi mental, fizikal mahupun kewangan. Bukankah mereka cemburu dengan kita semua? Sahabat, kita kene bersyukur atas nikmat ini. Kita sedang melakukan ibadah. Allah sangat mengajurkan hamba-hambanya untuk menuntut ilmu. Rasulullah pun sangat menekankan tentang kemestian menuntut ilmu.
Ya... Aku yakin, aku sedang merasai keseronokan menjadi seorang pelajar. Aku mesti memanfaatkan waktu belajar ini. Tak nak menyesal di kemudian hari kerana mensia-siakannya.
*Entri ini adalah sebagai motivasi kepada diri ini yang sering lalai. Assignment pulak belambak-lambak yang kene diselesaikan. Ya Allah... Bantuin aku...
0 comments:
Post a Comment