
Pesan Imam Syafie, sesiapa yang ingin meninggalkan dunia dengan selamat, hendaklah dia mengamalkan 10 perkara berikut:
1-
Hak diri iaitu megurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan bercakap, dan berpada-pada
dengan rezeki yang ada
2-
Hak malaikat iaitu mengqada’kan kewajipan yang tertinggal, medapatkan kemaafan daripada orang
yang dizalimi, membuat persediaan untuk mati dan rasa cinta kepada Allah
3-
Hak kubur iaitu membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang air kecil merata-rata,
memperbanyakkan solat tahajjud, dan membantu orang yang dizalimi
4-
Hak munkar nankir iaitu tidak berdusta, meninggalkan maksiat, dan nasihat-menasihati
5-
Hak mizan iaitu menahan marah, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan, dan sanggup menanggung
kesulitan
6-
Hak sirat
iaitu membuang sifat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman, dan suka
berjemaah
7-
Hak malik
iaitu banyak menangis kerana takutkan azab Allah, berbuat baik kepada kedua ibu
bapa, bersyukur kepada nikmat Allah, dan bertaubat daripada membuat maksiat
8-
Hak ridhwan
iaitu redha dengan qada Allah, sabar terima bala, syukur nikmat Allah, dan bertaubat
daripada maksiat
9-
Hak Rasulullah iaitu berselawat ke atasnya, berpegang dengan syariat, bergantung dengan sunnah,
menyayangi sahabat, dan bersaing mencari kelebihan Allah
10-
Hak kepada Allah iaitu mengajak manusia kea rah kebaikan, mencegah manusia daripada kemungkaran,
menyukai ketaatan, dan membenci maksiat