Thursday, December 25, 2008

C.I.N.T.A

Aku mencintaimu kerana agama yang ada pada dirimu..

Andai kau hilangkan agama pada dirimu,

maka hilanglah cintaku padamu...

Tuesday, December 23, 2008

TUNAIKAN 10 HAK

Pesan Imam Syafie, sesiapa yang ingin meninggalkan dunia dengan selamat, hendaklah dia mengamalkan 10 perkara berikut:

1- Hak diri

iaitu megurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan bercakap, dan berpada-pada
dengan rezeki yang ada

2- Hak malaikat

iaitu mengqada’kan kewajipan yang tertinggal, medapatkan kemaafan daripada orang
yang dizalimi, membuat persediaan untuk mati dan rasa cinta kepada Allah

3- Hak kubur

iaitu membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang air kecil merata-rata,
memperbanyakkan solat tahajjud, dan membantu orang yang dizalimi

4- Hak munkar nankir

iaitu tidak berdusta, meninggalkan maksiat, dan nasihat-menasihati

5- Hak mizan

iaitu menahan marah, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan, dan sanggup menanggung
kesulitan

6- Hak sirat

iaitu membuang sifat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman, dan suka
berjemaah

7- Hak malik

iaitu banyak menangis kerana takutkan azab Allah, berbuat baik kepada kedua ibu
bapa, bersyukur kepada nikmat Allah, dan bertaubat daripada membuat maksiat

8- Hak ridhwan

iaitu redha dengan qada Allah, sabar terima bala, syukur nikmat Allah, dan bertaubat
daripada maksiat

9- Hak Rasulullah

iaitu berselawat ke atasnya, berpegang dengan syariat, bergantung dengan sunnah,
menyayangi sahabat, dan bersaing mencari kelebihan Allah

10- Hak kepada Allah

iaitu mengajak manusia kea rah kebaikan, mencegah manusia daripada kemungkaran,
menyukai ketaatan, dan membenci maksiat

kenapa tak ada mood ni?

hm.. hari ni merupakan 2nd day aku berada di uia. tapi kenapa macam tak ada mood nak belaja since semalam lagi..

maybe aku masih dalam mood bercuti lagi. hm, terasa diri ini terlalu berdosa. proses penyucian diri perlu dilaksanakan segera.

sudah terlalu lama aku lalai. cuti ini memang melalaikan. sangat-sangat melalaikan.. aku sering lupa di mana aku sebenarnya. mutaba'ah ibadah pon banyak yang aku skip. huhu.. hinanya diri aku.

keadaan diri semakin futur..

muhasabah dilakukan..

Friday, November 7, 2008

TANDA-TANDA KEMATIAN

Anda semua percaya tak bahawa kita boleh merasai tanda-tanda mati?

Sebenarnya, tanda-tanda mati itu benar dan cuma amalan kita aje yang dapat bezakan kita punya kepekaan.

Tanda-tanda ni, Allah bagi supaya umat islam bertaubat dan bersedia menghadapNya.

Ade banyak tanda-tanda kematian. Ada 6 peringkat keadaan:

1)Tanda 100 hari sebelum mati

-Hanya disedari oleh mereka yang dikehendakiNya sahaja.
-Tanda ini berlaku lazimnya selepas waktu asar.
-Seluruh tubuh (dari hujung rambut hingga hujung kaki) merasai getaran atau seakan-akan menggigil.

2)Tanda 40 hari sebelum mati

-Tanda ini juga berlaku sesudah waktu asar.
-Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut.
-Pada ketika ini, daun yang tertulis nama kita di atas ‘Arasy Allah akan gugur dari pokok.
-Maka, malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan membuat persediaan.
-Ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.

3)Tanda 7 hari sebelum mati

-Tanda ini diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah.
-Contohnya, orang sakit yang tak lalu makan, tiba-tiba berselera untuk makan.

4)Tanda 3 hari sebelum mati

-Pada ketika ini, akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi (antara dahi kanan dan kiri).
-Jika tanda ini dapat dirasai, maka, puasalah kita supaya kita tidak mengandungi banyak najis.

5)Tanda 1 hari sebelum mati

-Tanda ini juga akan berlaku selepas waktu asar.
-Kita akan merasakan denyutan di sebelah belakang (di kawasan ubun-ubun).
-Ini menandakan kita mungkin tidak akan sempat menemui waktu asar keesokan harinya.

6)Tanda akhir sebelum mati

-Kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya ke halkum.
-Ketika ini, hendaklah kita mengucap kalimah syahadah.
-Bersedia menerima kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang mematikan kita pula.

Tanda-tanda ni, saya dapat dari sebuah buku. Sejauh mana kesahihannya, Wallahua’lam. Apa-apa pun, kita hendaklah sentiasa bersedia menghadapi kematian.

Rasulullah bersabda:

"Janganlah kamu becita-cita supaya mati cepat dan janganlah kamu berdoa supaya mati sebelum kematian itu sendiri datang kepadamu. sesungguhnya apabila kamu mati, akan terputuslah segala amalan kamu. sebaliknya apabila dipanjangkan umur seorang mukmin bererti bertambahlah kebaikannya."

Ada beberape keadaan yang dapat melepaskan atau meringankan dari azab kubur. amalan-amalan ini kita ketahui dari beberapa hadith. Antaranya:

1) Membaca surah Al-Mulk tiap-tiap malam sebelum masuk tidur

2) Membaca surah Al-Ikhlas pada ketika sakit yang membawa maut

3) Menyediakan diri menjadi sukarelawan

"Menyediakan diri menjadi sukarelawan dalam sehari semalam adalah lebih baik daripada puasa sebulan berserta melakukan ibadah di dalamnya dan jika ia meninggal dunia, dialirkan ke atasnya pahala amalannya dan dia mendapat keamanan dari fitnah-fitnah kubur"

4) Meninggal dunia pada malam atau siang hari Jumaat

"Tidak ada seorang muslim yang meninggal pada siang hari Jumaat atau malamnya, melainkan ia dipeliharakan Allah daripada fitnah kubur"

5) Meninggal dunia kerana penyakit di dalam perutnya

"Barangsiapa mati kerana penyakit perutnya, tidak akan disiksa di dalam kuburnya"

*Ada di kalangan Ulama' berpendapat kerana melihat beberapa Khabar dan Athar (hadith) menerangkan bahawa beberapa sifat yang menjadikan seseorang meninggal dunia dapat disamakan dengan pahalanya dengan pahala orang yang mati syahid, iaitu orang yang mati kerana taun, sakit di dalam perut, tenggelam lemas, ditimpa runtuhan, melahirkan anak, mempertahankan jiwanya, membela kehormatan isteri dan lain-lain.

Ada baiknya kalau kita mengamalkan apa yang pernah diucapkan oleh salah seorang Waliullah bernama Syaqiq Al-Bakary, maksudnya:

"Kita usahakan mencari 4 macam, lalu kita dapati ia di dalam 4 macam"

1) Kita usahakan menghindari dosa-dosa, lalu kita dapati dalam solat Dhuha

2) Kita usahakan mendapat cahaya di dalam kubur, lalu kita dapati ia pada solat malam

3) Kita usahakan keselamatan untuk menyeberangi sirat, lalu kita dapati pada puasa dan sedekah

4) kita usahakan untuk mendapat naungan di bawah 'Arasy, lalu kita dapati ia pada menyendiri dengan Allah..

Monday, November 3, 2008

MENGAPA ??

consti... consti... consti...

argh..!! kenape la otak aku xdapat menerima subject ni?

dari petang td aku dah berusaha utk bercinta dengan consti

tapi tak berjaya jugak.. huhu...

dah duduk, bersila, baring, menonggeng, tapi xmasuk2 jgk..

kenapa semua ini berlaku??

kenapa subject consti perlu ade dalam study plan aku??

aku tak suke.. huwa............!!!!

supremacy? independence of judiciary? legislative??

aku bengang!! aku bengang!!

aku tak puas hati

aku kene ngorat jgk consti ni sampai dapat.

oh encik consti, tolongla sambut cintaku yang luhur ini...

aku cuba untuk mencintai kau.

huhu...

diri aku semakin lemah.

rase macam nak bercinta dengan katil n bantal pulak.

selamat tinggal consti... jangan ditanya ke mana ku pergi..

--(@

"setiap kesulitan itu akan bertambah apabila dihitung-hitung,

tetapi akan hilang apabila kita tidak menghiraukannya lagi"

(imam malik)

--(@

Sunday, November 2, 2008

debaran..!

hari ini: ahad 2 n0v 2008

petang ni, 1st paper, CriMinAL law.. pukul 2.30 petang.

rase berdebar2 jantung. dah byk stadi, tp mcm so n so.

huhu.. semoga dipermudahkan menjawab.

harap2 suhu aircond kat CAC tak mencecah tahap suhu kutub utara yang boleh dirasai hingga ke tulang. grrrr................ sujuk....

kadang2, rase mcm tak sabar nak jwb exam pon ade. hehe...

kawan2 sekalian, harap dapat mendoakan. selitkan nama saya di celah2 doa kalian..

--(@

hidup memerlukan pengorbanan,

pengorbanan memerlukan perjuangan,

perjuangan memerlukan kekuatan,

kekuatan memerlukan keyakinan,

keyakinan memerlukan kejayaan,

kejayaan memerlukan kebahagiaan...

Friday, October 31, 2008

STRESS

hari ini hari jumaat,

esok pula hari sabtu,

lusa adalah hari ahad..

tulat, hari isnin,

seterusnye hari selasa,

esoknya pula hari rabu,

esok kepada esoknya merupakan hari khamis.

~otak jam~ +.+

ptg ni nak mkn nasi lauk usul fiqh

mlm ni nak mkn rojak criminal

pastu nak buat kopi consti sket, campur gula cap family.

makan dgn biskut tawar jenama islamic criminal.

pastu, esok, aku muntah2 n ceriberi dan mengalami sindrom akut pemakanan yang amat dassat.

---(@

in a survey it was asked, in how many days can a 10000 pages book be read?

writer : 6 months
doctor : 2 months
lawyer : 1 month

STUDENT : on the night before exam...

---(@

Wednesday, October 29, 2008

EXAMOPHOBIA

2 nov 2008 : criminal law 1

5 nov 2008 : usul fiqh 1

6 nov 2008 : constitutional law 1

7 nov 2008 : family law 1

11 nov 2008 : islamic criminal law 1

huhu... semakin lama belajar, semakin cetek ilmu dirase
doAkan hamba....

Monday, October 13, 2008

Maafkan Aku Su, Zu, As, Mag dan Is...

Su, dah lama aku melupakan kau. Tak macam dulu. Contohnya tadi, aku betul-betul lupa, Su. Pagi tu, aku bangun lambat. Dekat-dekat pukul lapan. Kelam kabut aku bersiap untuk ke kelas, mana tidaknya, malam tadi aku tidak tidur semalaman. Assignment bertimbun. Report makmal latihan la, latihan Kaedah Berangka la, ulasan buku la. Tu belum lagi dengan preparation kuiz elektronik esok. Lecturer-lecturer ni pun satu, macam dah pakat ramai-ramai je nak bagi assignment banyak-banyak. Diaorang ingat aku ni apa? Robot ke? Menyesal aku tak siapkan awal-awal assignment tu. Kalau tak, takdela ia jadi macam ni. Minta maaf, Su. Aku bukannya tak nak jumpa kau, tapi kau faham-faham je lah keadaan aku.

Bukan kau sorang je aku lama tak jumpa, Su. Zu pun lama aku tak jenguk. Kesian Zu. Sorry bebanyak la, Zu. Aku sekarang lambat balik kelas. Pukul satu. Tu pun kalau takde kelas petang. Kala u ada kelas petang, harus aku terpeleot. Balik je, lapar-lapar tu, aku terus je pergi kedai Mak Ngah. Ala, kedai nasi lemak power tu. Lepas pekene nasi lemak Mak Ngah, aku tak lengah,terus tidur. Kadang-kadang sekejap, biasanya lama. Aku tahu, Zu. Dulu aku rajin jumpa kau time-time macam ni, tapi sekarang aku pun tak tau kenapa aku tak dapat jumpa kau. Aku takde masa, Zu.

As, kau sorang lagi kawan rapat aku dulu. Nampak macam aku dah mengabaikan kau aje sekarang ni. Aku sibuk, As. Petang-petang aku pergi library, study. Takpun, ada meeting time tu. Kau kan tau, aku presiden Kelab Kebersihan. Kejap-kejap ada je program. Aku kene jaga anak-anak buah aku tu. Diaorang tu bukan tau sangat buat keje. Meeting pulak tu, bukan tau nak sekejap, mesti lajak sejam dua punya. Kalau meeting start pukul 4, harus pukul 6 baru settle. Tu belum kira borak-borak kosong lagi. Diaorang ni, kalau meeting tak lama, tak mahasiswa la kononnya.

Mag pun aku dah ingat-ingat lupa. Agaknya sebab enkau ni ganjil, kot. Yang lain tak ganjil macam kau. Macam mana aku nak jumpa kau, Mag. Sekarang ni, latihan bola sepak tengah giat. Coach nak pilih pemain-pemain handal aje untuk team dia. So, latihan pun dipanjangkan. Aku pulak, mestilah berlatih bersungguh-sungguh. Aku dulu pemain sekolah. Kalau aku tak terpilih, malu besar la aku. Mana aku nak letak muka aku ni. Kawan-kawan aku semuanya kaki bola. Diaorang semua balik lewat. Main sampai hari gelap. Kalau aku balik awal, alamat balik sorang-sorang la aku. Aku dah la menumpang motor orang. Balik aje dari main bola, aku tak terus mandi. Mana boleh mandi masa berpeluh, panau nanti. Agak-agak penat dah hilang, baru aku mandi. Lepas mandi, member-menber aku semua ajak keluar makan.

Aku tahu ada temujanji dengan Is malam ni, pukul lapan setengah. Tapi member-member aku dah tunggu. Kalau aku tak pergi, nanti diaorang kata aku sombong la, macam-macam. Tu yang aku tak nak dengar tu. Dah tu kita orang lepas makan, sembang la pulak. Lepas satu topik, satu topik keluar. Balik lewat malam. Layan pulak VCD Hindustan lepas tu dengan member-member. Is, sorry.

Last-last,semuanya aku tinggalkan. Kawan-kawan semua, untuk pengetahuan korang, nama sebenar kawan- kawan aku tu, Su, Zu, As, Mag dan Is masing-masing adalah Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak. Korang semua janganlah jadi macam aku. Jagalah mereka dengan sepenuh jiwa dan raga. Mereka semua adalah kawan kita yang sebenar, yang akan backing kita kat akhirat nanti. Semoga cerita rekaan yang takde kaitan dengan sesiapa ni menjadi pengajaran dan iktibar kepada kita semua. Wallahualam.

MEMANG SELALU CAMNI

Sepasang kekasih sedang asyik memadu asmara di tepi sebuah tasik, sambil berbual-bual mesra...

Makwe : bang, andaikata saya menjadi bintang...

Pakwe : abang kan jadi Ultramannya
Makwe :kenapa pulak, sepatutnya abg jadi bulan purnamalah
Pakwe :Salah tu, kan ultraman ada bintang kepunyaannya

Makwe :eh gitu... .kalau saya jadi bunga

Pakwe :Abang jadi tukang kebunnya

Makwe :Kenapa bukan kumbang

Pakwe :Sebab kumbang keje dia hanya menghisap madu..sedangkan tukang kebun kerjanya menyiram dan membaja bunga tu setiap hari

Makwe :Wah! hebatnya abg nie... begitu pandai berkata-kata

Setelah puas berbicara dan bergurau senda, bangunlah pasangan kekasih tersebut untuk bersiar-siar... tiba2 si makwe tersepak sebatang tunggul kayu, dan jatuh tersembam ke tanah... .bedebik!!!!!! macam nangka busuk daa!!!!

Makwe :Aduh!!!! sakiknya be, (awek tu rupanya minah kelate)

Pakwe :Cilako!! punyo tunggul kayu... .buto ko!!!!!, tak nampak ko oghang nak lalu. (rupa2nya si pakwe tu orang N9)... sayang takde apa2 ke?

Makwe :Takde. sikit je bang... cuma luka sikit jer dahi nie

Pakwe :Nasib baik tunggul kayu, kalau orang tadi memang nahas abg kejekan.

Memang telah ditakdirkan jodoh mereka berdua... selang beberapa bulan selepas itu pasangan kekasih ini pun mendirikan rumahtangga... 2 tahun kemudian, si isteri teringat kembali kisah yang lalu sewaktu membawa anak mereka bersiar-siar di tasik yang sama ketika bercinta dahulu,

Isteri :Bang, ingat lagi tak tempat nie?

Suami :Masakan abg boleh lupa
Isteri :Kalau saya jadi bintang

Suami :Abang jadi beginilah

Isteri :Kenapa bukan Ultraman...
Suami :Kat Malaysia mana ada Ultraman... kat Jepun adalah... .apa lah awak nie

Isteri :kalau saya jadi bunga
Suami :Abang jadi beginilah

Isteri :Apa abg nie... cakaplah betul2

Suami :Apo kono eh dongan ekau nie... dah buang tebiat ko, tak nampak anak kito tu... .kalau dah abg jadi Ultraman ngan ntah apo apo ntah laie, sapo nak bagi makan kek anak kito tu... .yang mengado2 nak jadi bintang tu buek apo
Isteri :Abe nie tok supo dulu... .tok rometik lasung, mete2 la saya nie doh tok comey lagi...
Suami :Takdo nak romantik. kosmetik do... .

Selepas puas duduk sambil berbalah, maka berjalan pulanglah keluarga tersebut... .tiba2 si isteri tadi tersepak sebatang tunggul kayu(mungkin tunggul yg sama), lalu jatuh gedebuk!!!! ke tanah... ..

Isteri :Aduh abe sakik nyo!!!!!
Suami :Apo kono eh awak nie... .buto ko, punyo bosa tunggul tu tak nampak ko!!!!!!!!!!

RENUNG2KAN DAN SELAMAT BER'AMAL

Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi.. jeng!jeng!jeng! .. bunyi.... aauuummmmm!! ! Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja. Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar.

Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi.
Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi. Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan.

Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi.
Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut. Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh.... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni... habislah jadi mangsa buaya .. Berfikir lagi.

Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih... Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba.... terdengar satu bunyi.... uuuuuuuuuuuuu. .. Bunyi lebah bawa madu.
Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata. Hamba Allah tu kata, 'Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya.. Subhanallah sungguh sedap ni.' kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah Kalau semua nak tahu ...

si Hamba Allah itu adalah kita semua. Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah. 2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti. Tali yg tempat di hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita. Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu. Madu... madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu.. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah. Astaghfirullah. ..

1 minit untuk mengingati Allah Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih akan:
*SUBHANA'LLAH

*ALHAMDULI'LLAH

*LA I LAHA ILLA'LLAH
*ALLAHU AKBAR
*ASTAGHFIRU' LLAH

*LA ILAH ILLA'LLAH, MUHAMMADUN RASULU'LLAH
*ALLAHUMMA SALLY WA SALLEM WABAREK ALA SAYYEDINA MUHAMMAD
*WA AALIHE WA SAHBIH AJMA'EEN

Saturday, October 11, 2008

WARKAH BUAT IBU...

Mak.....
Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari.....
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan
sejuk syahdu masih terasa lagi nih....

Mak tau tak.....
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang
nakal ni
Sejak kiter dewasa.....
dan itu juga terakhir kali nya.
Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi
jauh.....
nak tinggal kan anak2 mak.....
nak tinggal kan dunia fana ni.....
mak macam dan sedia.....
Seminggu sebelum tu.....mak dah menganyam
tikar mengkuang 3helai.....
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu.....
tanpa rasa mengantuk,
tanpa rasa letih..... kakak pun rasa hairan..... mak
tak penah buat
gitu..... pastu mak pasang radio kecil di sebelah
mak..... tapi mak
seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu
Siaran siam..... kengkadang
siaran indonesia...mak terus tekun menganyam...
Rupanya tikar yan g telah
mak siapkan tu di gunakan untuk
mengiringi mak ke kuburan...

Mak.....
Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak
tiba2 sakit perut.....
bila malam tu kiter sampai dari KL.....mak dah
dalam kesakitan. Akak dan
abang kat kampong semua dah pujuk..... mak
tetap takmau pi hospital.....
dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum
pujuk... Mak kata mak
takmau duduk dalam hospital..... tapi kiter
berkeras juga pujukk.. nanti
di hospital ada doktor...ada ubat untuk mak.. kat
rumah kami hanya mampu
sapu minyak dan urut jer.. Mak tetap tak
bersetuju.....mak memang
degil... tak salah, anak mak yang ni pon mengikut
perangai mak tu.. Tapi
akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk....
mak sakit perut sampai
nak sentuh perut mak pon sakit kami adik beradik
sepakat hantar juga mak
ke hospital.....

Mak.....
amponkan kami semua...
kami nak mak sehat...
kami say ang mak...
kami tak mau mak sakit...
kami terpaksa juga hantar mak ke hospital....
ampon kan kami yer mak....

Mak.....
Malam itu abang bawa mak ke hospital dan itu lah
pertama dan terakhir
kali mak naik kereta kiter... Masih terbayang
betapa ceria dan
gembiranya mak, kiter kata nak beli kereta.... Mak
asyik tanya
ajer..cukup ker duitt.. kiter jawab pula...kalau tak
cukup, mak kan
banyak duit... mak gelak ajerr..... Lepas tu bila
kereta kiter
sampai.....mak buat kenduri
kesyukuran.....
Dan kiter masih ingat lagi...bila kiter eksiden
Terlanggar kelinn naik motor.....
Punya la kiter takut...kiter warning kakak kiter
jangan Sesekali bgtau
kat mak..... Bila balik sahaja kampong....kiter
cepat-cepat simpan keta
dalam garaj..... Tapi mak perasan juga bumper
depan kemek...mak tanya
kenapa...? Selamba jerr kiter jawab terlangar
pokok bunga.....
Mak....tujuan kiter menipu tu sup aya mak tak
risau... Maafkan kiter
kerana sampai mak pergi mak tak tau hal
sebenar... mak, kiter menipu mak
kan...ampon kan kiter....

Mak.....
Jam 4.30 pagi 19/08/1999
Bila tiba aja kat hospital....nurse tengah balut mak
dengan kain
putih..... mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di
lantai hospital...
Mesti mak nampak abang cium dahi mak.....
Mesti mak nampak akak baca doa
untuk mak.... Mesti mak nampak adik terduduk kat
kerusi kat sudut itu...
mesti mak nampak semua tu kann...kann..kannn
Mak tau tak.... Pagi tu
balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu
dalam keadaan separuh
sedar... Adik kat sebelah diam melayan
perasann... Kenangan bersama mak
berputar dalam kepala ini... jalan di depan terasa
makin kelam.....
airmata dah tak mampu di tahan.... Masa tu
seandainya apa-apa terjadi di
jalan itu kiter rela... Namun alhamdulillah akhirnya
kiter sampai
juga... disebab k an pagi masih awal, jadi jalan tu
lenggang..kosong....sekosong hati ini.....
Sepanjang perjalanan terasa
kedinginan subuh itu lain benar suasananya.....
terasa syahdu dan sayu
gitu...dinginnnn....

Mak.....
Kiter masih ingat lagi...
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan....
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi....
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami
mengosok seluruh tubuh mak.....
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan..... Mak
perasan tak...? Makcik yang
mandikan mak tu pujuk kiter..... Dia kata..."
dikk...jangan
nangis...kalau sayang mak jangan buat
gitu...jangan nangis ya.." Bila
makcik tu kata gitu...lagi laaaa laju airmata ni..tapi
kiter kawal
supaya tak menitik Atas mak....

Mak.....
Sampai takat ini surat ni kiter tulis.....
kiter nangis ni.....
Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi....
Takder orang yang bangun lagi.....
kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh"
kiter sedih...kiter rindu kat mak..!
Takpa la.....nanti bila kita selesai sembanyang
subuh, kiter baca yassin
untuk mak.mak tunggu ya...!

Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya....
Semua anak2 mak mengelilingi mak...menatap
wajah mak buat kali
terakhir.... Semua orang kata mak seolah2
senyum aja... Mak rasa
tak....masa tu kiter sentuh dahi mak.... kiter rasa
sejukkkk sangat dahi
makk..... Kiter tak mampu nak cium mak...kiter tak
daya.... kiter
tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air
mawar... Airmata kiter
tak boleh tahan.... Mak mesti ingat kan yang anak
mak ni jadi imam solat
jenazah untuk mak... tapi kite suruh tok imam
bacakan doa sebab kite
sebak.... Jam 12 tengahari mak diusung keluar
dari rumah.... Akak pula
dah terkulai dlm pelukan makcik... badan akak
terasa panas...
makk...anak mak yang seorang tu demam.... Mak
tauu...cuma akak sorang
saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah
perkuburan...

Mak.....
Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...
Begitu terasa kehilangan mak...boleh kata setiap
malam selepas maghrib
anak mak ini berendam airmata... Dan sampai
satu tahap....masa tu malam
jumaat selepas maghrib... Selepas kiter baca
yassin ngan kawan-kawan....
entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan
gambar2 mak pastu apa
lagi... semakin kiter tenung terasa semakin
sayu...tangisan tak dapat
dibendung... Mak tauu...kiter cuba bertahan...
memujuk diri sendiri tapi
tak juga reda... Kiter rasa nak telefon mak... nak
cakap dengan mak....
anak mak yang ni dah tak betul kan..???? Dan
akhirnya dalam sedu sedan
itu kiter telefon kampong... Kiter cakap dengan
kakak..kiter nangis
lagi... Puas la kakak memujuk kiter... Akak kata..."
tak baik laa nangis
aje..doa lah untuk mak..nanti kala u gini ajer mak
yang susah kat sana.."
Dan akhirnya akak juga nangis..... Agaknya mak
nampak adegan tu... sebab
malam jumaat kata orang roh balik rumahh...
mengharap sedekah dari anak2
nya...

Mak tau tak...di saat itu kerinduan terasa menusuk
sehingga ke hulu hati... rasa nyilu sangat....
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit
dalam dada ni.... Sampai
sekarang bila kerinduan itu menjelma...hanya
sedekah al-fatihah kiter
berikan.....

Mak....
cukup la sampai sini dulu....
kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu....
kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...
selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan...
kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak...
esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula....
Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih...
pastu kawan kiter bgtau...simpan je buat
kenangan..
Kiter cuma tau alamat ni aje...
Takper yer mak...kiter kasi orang l ain baca...
Kiter stop dulu...sebab kawan kiter dah lama
tunggu tu...
akhir kata untuk mak, I LOVE YOU SO MUCH dan
jutaan terima kasih kerana
membesarkan kiter... memberi seluruh kasih
sayang dari kecil sampai
masuk sekolah.. sampai masuk universiti..
sampai kiter boleh rase naik
kapal terbang... boleh rasa duduk kat negara
orang... Sampai akhir hayat
ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..

Sekian terima kasih.
Yang Benar
Anak mak yang dah tak degil

Thursday, October 9, 2008

seorang gadis itu

Seorang gadis itu...

Yang lembut fitrah tercipta,
halus kulit, manis tuturnya,
lentur hati ...
telus wajahnya,
setelus rasa membisik di jiwa,
di matanya cahaya,
dalamnya ada air,
sehangat cinta,
sejernih suka,
sedalam duka,
ceritera hidupnya ...

seorang gadis itu ...

hatinya penuh manja,
penuh cinta, sayang semuanya,
cinta untuk diberi ...
cinta untuk dirasa ...

namun manjanya
bukan untuk semua,
bukan lemah,
atau kelemahan dunia ...
ia bisa kuat,
bisa jadi tabah,
bisa ampuh menyokong,
pahlawan-pahlawan dunia ...

begitu unik tercipta,
lembutnya bukan lemah,
tabahnya tak perlu pada
jasad yang gagah ...

seorang gadis itu ...

teman yang setia,
buat Adam dialah Hawa,
tetap di sini ...
dari indahnya jannah,
hatta ke medan dunia,
hingga kembali mengecap ni'matNya ...

seorang gadis itu ...

bisa seteguh Khadijah,
yang suci hatinya,
tabah & tenang sikapnya,
teman lah-Rasul,
pengubat duka & laranya ...

bijaksana ia,
menyimpan lmu,
si teman bicara,
dialah ishah,
penyeri taman Rasulullah,
dialah Hafsah,
penyimpan mashaf pertama kalamullah ...

seorang gadis itu ...

bisa setabah Maryam,
meski dicaci meski dikeji,
itu hanya cerca manusia,
namun sucinya ALLah memuji ...

seperti Fatimah kudusnya,
meniti hidup seadanya,
puteri Rasulullah ...
kesayangan ayahanda,
suaminya si panglima agama,
di belakangnya dialah pelita,
cahya penerang segenap rumahnya,
ummi tersayang cucunda Baginda ...

bisa dia segagah Nailah,
dengan dua tangan
tegar melindung khalifah,
meski akhirnya bermandi darah,
meski akhirnya khalifah rebah,
syaheed menyahut panggilan Allah .

seorang gadis itu ...

perlu ada yang membela,
agar ia terdidik jiwa,
agar ia terpelihara ...

dengan kenal Rabbnya,
dengan cinta Rasulnya ...

dengan yakin Deennya,
dengan teguh qidahnya,
dengan utuh cinta yang terutama,
Allah jua RasulNya,
dalam ketaatan penuh setia .
pemelihara maruah dirinya,
agama, keluarga & ummahnya ...

seorang gadis itu ...

melenturnya perlu kasih sayang,
membentuknya perlu kebijaksanaan,
kesabaran dan kemaafan,
keyakinan & penghargaan,
tanpa jemu & tanpa bosan,
memimpin tangan, menunjuk jalan ...

seorang gadis itu ...

yang hidup di alaf ini,
gadis akhir zaman,
era hidup perlu berdikari ...

dirinya terancam dek fitnah,
sucinya perlu tabah,
cintanya tak boleh berubah,
tak bisa terpadam dek helah,
dek keliru fikir jiwanya,
kerna dihambur ucapkata nista,
hanya kerana dunia memperdaya ...

kerna seorang gadis itu,
yang hidup di zaman ini ...

perlu teguh kakinya,
mantap iman mengunci jiwanya,
dari lemah & kalah,
dalam pertarungan yang lama ...
dari rebah & salah,
dalam perjalanan mengenali Tuhannya,
dalam perjuangan menggapai cinta,
ni'mat hakiki seorang hamba,
dari Tuhan yang menciptakan,
dari Tuhan yang mengurniakan,
seorang gadis itu ...
anugerah istimewa kepada dunia!

seorang gadis itu ...
tinggallah di dunia,
sebagai bidah,
dahpayah & mujahidah,
pejuang ummah ...
anak ummi & ayah,
muslimah yang solehah ...

kelak jadi ibu,
membentuk anak-anak ummah,
rumahnya taman ilmu,
taman budi & ma'rifatullah ...

seorang gadis itu ...
moga akan pulang,
dalam cinta & dalam sayang,
redha dalam keredhaan,
Tuhan yang menentukan ...
seorang gadis itu dalam kebahagiaan!

Moga lah-Rahman melindungi,
merahmati dan merestui,
perjalanan seorang gadis itu ...
menuju cintaNYA yang ABADI!

Sunday, March 2, 2008

DAURAH TERAKHIR SEM 2

setelah sekian lama xbukak blog, sekarang aku menjelmakan diri. tadaaaa...!!

semalam aku g daurah. sekali dgn salwa n kak aishah. kak aishah la tukang tunjuk jalan.
pertama kali g daurah bawak kete...mcm2 la aku bwk. siap bwk bantal lg. hehe..
xsure la aku nak bgn qiam ke, atau semata2 nak tido kat surau ansar. tapi ape2 pun, depends on niat la kan....
kalau niat nak qiam, bwk tilam ke, katil ke, tetap bgn qiam jgk...kan2?? omputih kate, qiam is qiam.. hehe.. sape setuju, angkat tgn!!

mase nak g tu, mule2 mcm malas. yela, baik dok bilik, bace buku... walau xtau setakat mane kebenaran nak bace buku tu. haha...
tapi, aku kuatkan semangt gak la nak g tu. sbb kak aishah dah ajak.
lagipun, ni daurah terakhir sem ni.
sem dpn, daurah seperti biase la....

sampai sane, dalam pkl3. ade akhwat2 yang tgh ajar budak2 fardhu ain.
aku xjoin la.... takut ade budak2 yang kene cubit dgn aku.
biasela... aku ni geram sikit dgn budak2. kang xpasal2, aku kene saman dgn mak bapak dorang. nayo den....

surau agak bersepah sikit sebab tgh dalam proses buat bilik air baru.
so, aku n salwa bertungkus lumus menyapu n mengemop lantai...
peluh2 gak la. hehe... berkhidmat untuk ansar tercinter.... isk2, riak pulak. tapi ape2 pun, mcm aku ckp awal2 td la. depends on niat.
walau aku tulis mcm riak, tp hati ini tulus murni keikhlasan. haha...
buleh ke camni?? ah... bantai la.

then, ptg tu lepas solat asar b'jemaah, kitorang ade sesi ta'aruf. mcm biasela, sume akhwat kene m'perkenalkan diri...
ramai gak la yang datang. ade dr uia kuantan, gombak, cenfos pj n nilai, ade dr poli sabak, ump, byak lagi la...
meriah betul... dapat gak kenal2 akhwat dr univ lain. kire xdela asik tgk muke2 budak gombak jer....hehe..
sembang2 dgn bdk2 econs, cerita pasal economy indon n m'sia.
matawang indon sgt merosot sebab indon pernah pinjam duit kat bank dunia.
so, interest sgt2 tinggi. contract pinjam, 10 tahun, tapi kene bayar dalam tempoh 50 tahun.
isk2... dasat gile. tapi m'sia hampir2 buat camtu jgk. tapi mahathir xjd buat.
kalau x, nasib kite same la dgn indon sekarang.
indon menggadaikan satu pulau sumatera kpd amerika.
so, segala hasil bumi kat indon, suma kene salurkan kat amerika.
kire dorang ni mcm mengemis d negara sendiri.. camtu la.
oleh kerane economic is not my profession, so ade dok diam2 dgr je la dorang ckp...

pastu, kitorang b'siap2 n minum ptg. makan pisang goreng jgk. sedapppp.... teringat pisang goreng mak aku kat rumah. huhu...
sambil makan, sambil sembang. sembang, sembang dan sembang...
dulu, kini dan selamanya asik bersembang....
hidup sembang untuk negara...!!!!!
haha....semangat jer... agak poyo di sini.
jangan lupe undi saye. peace..!

time magrib, kitorang terus la sembahyang jemaah..
pastu, ade tazkirah dari ustaz kesayangan kitorang, ustaz imran
tajuk risalah malaikat.
ustaz kate, malaikat ni ade sayap. ade 2, 3 ade yang 6000 sayap.
malaikat jibril la yang ad sayap paling banyak.
kenapa sayap malaikat ade yang sikit, ade yang banyak?
sebab....nak membezakan pangkat n sesuai dgn keja malaikat...
contohnya, jibril kene ade ade banyak sayap. sebab, bila Allah suruh jibril sampaikan wahyu, wahyu tu cepat sampai kpd si penerima...
ha...camtu la.
byk lagi la.... tapi ustaz xsempat nak hbskan tazkirah sebab dah msuk azan isyak...

lepas sembayang isyak, ade sesi pelancaran t-shirt daurah n cd mukhayyam.
best gile dorang buat slide multimedia. gempaq gak la..
pastu, kitorang sume berbincang pasal persembahan utk esk hari...
banyak idea yang dicurahkan...
melimpah2 ke ladang gandum dan.. wow! jadi lah coco crunch...(ini adalh iklan semata2)
mule la melantik sape2 yang ofer diri nak belakon....
aku xnak pn sebab aku malu. hehe... aku kan mmg terkenal dgn sifat pemalu dan rendah dirinye. haha... poyo sekali lagi.

lepas bincang2 tu, kitorang bukak halaqah bace quran surah al-mulk.
pastu, kitorang ta'aruf lagi... sebab ade yang datang lewat.
lepas penat bersembang, kitorang g tido...
ade yang tido lewat, ade yang tido awal...
tp aku rase nyamuk byk la mlm td. hehe... xblh nak tido
pkl 1 lebih, baru la aku bejaya tido dgn jayanyer.... yahuuuu...

bgn qiam pkl 4... ngantk gile.
tapi aku thn je mate yang amat tersangat ngantk ni.
aku nak mgadap Allah, kene la tahan sikit.
bkn selalu buat qiam. hehe.... kantoi!
aku trus g gsk gigi n cuci muke. wuduk n trus solat jemaah. buat solat tahajud 6rakaat, n witir 3 rakaat.
tapi... time tgh baru nak dapat feeling tu, sekali ade alarm bunyi da...
kacau btol. brother siap tgur lagi suro off hp. isk2....
hbs solat, kitorang ngaji. pastu trus solat subuh.

ha...lps solat subuh n baca ma'thurat, kitorang ade persembahan dr setiap univ.
gempak la... pandai gak dorang belakon.
tapi, ni adelah 1 persembahan yang aku mcm xpenah tgk sebelum ni.
kalau sebelum ni, tiap kali ade lakonan, msti crt lawak la, serius la...
tapi kali ni, dorang buat cerita sedih. cerita benar dalam kahidupan kite.
aku ni yang susah nak nangis pn menangis tau.. huhu.. sok, sok..
mmg menyayat hati. huhu... sedih sgt2.
kebanyakan lakonan pasal anggota usrah yang futur, pasal sahabat...
majlis perpisahan ni sgt buat aku terharu tau... haru biru aku jadinye
mmg best... walaupun aku baru g sane 2 kali. hehe..

lepas hbs persembahan, kitorang sarapan nasi gorang.
pastu ade daurah dgn ustaz alwi dari indon.
tajuknye, pasal zionis. mcm2 input yang aku dpt. tapi, aku dengar separuh jalan je.
sbb aku tertido. ngantuk... haha...
plz don't try this at home!!

pastu, daurah tamat pukul12 tghari...
kitorang sume berangkat balik. kak aishah xikut balik sbb ade hal lain kot.
so, aku bwk la kak mazni balik sekali. memandangkan die tau jalan n sama mahalah dgn aku...
daurah kali ni best sgt2... insyaAllah sem dpn aku nak g lagi...
sape2 yang nak join, boleh la g sane. kat surau ansar kat keramat. naik lrt sampai ke damai, pastu, jalan je g surau..
kan senang.. hehe...
selamat mencuba...!

C.I.N.T.A

12:26 PM

Read On 2 comments

TUNAIKAN 10 HAK

1:53 PM

Read On 0 comments

kenapa tak ada mood ni?

7:17 AM

2:09 PM

Read On 3 comments

MENGAPA ??

10:30 PM

Read On 1 comments

debaran..!

12:26 AM
hari ini: ahad 2 n0v 2008

petang ni, 1st paper, CriMinAL law.. pukul 2.30 petang.

rase berdebar2 jantung. dah byk stadi, tp mcm so n so.

huhu.. semoga dipermudahkan menjawab.

harap2 suhu aircond kat CAC tak mencecah tahap suhu kutub utara yang boleh dirasai hingga ke tulang. grrrr................ sujuk....

kadang2, rase mcm tak sabar nak jwb exam pon ade. hehe...

kawan2 sekalian, harap dapat mendoakan. selitkan nama saya di celah2 doa kalian..

--(@

hidup memerlukan pengorbanan,

pengorbanan memerlukan perjuangan,

perjuangan memerlukan kekuatan,

kekuatan memerlukan keyakinan,

keyakinan memerlukan kejayaan,

kejayaan memerlukan kebahagiaan...
Read On 0 comments

STRESS

12:20 PM
hari ini hari jumaat,

esok pula hari sabtu,

lusa adalah hari ahad..

tulat, hari isnin,

seterusnye hari selasa,

esoknya pula hari rabu,

esok kepada esoknya merupakan hari khamis.

~otak jam~ +.+

ptg ni nak mkn nasi lauk usul fiqh

mlm ni nak mkn rojak criminal

pastu nak buat kopi consti sket, campur gula cap family.

makan dgn biskut tawar jenama islamic criminal.

pastu, esok, aku muntah2 n ceriberi dan mengalami sindrom akut pemakanan yang amat dassat.

---(@

in a survey it was asked, in how many days can a 10000 pages book be read?

writer : 6 months
doctor : 2 months
lawyer : 1 month

STUDENT : on the night before exam...

---(@
Read On 4 comments

EXAMOPHOBIA

9:17 AM

2 nov 2008 : criminal law 1

5 nov 2008 : usul fiqh 1

6 nov 2008 : constitutional law 1

7 nov 2008 : family law 1

11 nov 2008 : islamic criminal law 1

huhu... semakin lama belajar, semakin cetek ilmu dirase
doAkan hamba....

Read On 2 comments

Maafkan Aku Su, Zu, As, Mag dan Is...

11:52 PM

2:32 PM

11:04 AM

8:50 PM

2:28 PM
Seorang gadis itu...

Yang lembut fitrah tercipta,
halus kulit, manis tuturnya,
lentur hati ...
telus wajahnya,
setelus rasa membisik di jiwa,
di matanya cahaya,
dalamnya ada air,
sehangat cinta,
sejernih suka,
sedalam duka,
ceritera hidupnya ...

seorang gadis itu ...

hatinya penuh manja,
penuh cinta, sayang semuanya,
cinta untuk diberi ...
cinta untuk dirasa ...

namun manjanya
bukan untuk semua,
bukan lemah,
atau kelemahan dunia ...
ia bisa kuat,
bisa jadi tabah,
bisa ampuh menyokong,
pahlawan-pahlawan dunia ...

begitu unik tercipta,
lembutnya bukan lemah,
tabahnya tak perlu pada
jasad yang gagah ...

seorang gadis itu ...

teman yang setia,
buat Adam dialah Hawa,
tetap di sini ...
dari indahnya jannah,
hatta ke medan dunia,
hingga kembali mengecap ni'matNya ...

seorang gadis itu ...

bisa seteguh Khadijah,
yang suci hatinya,
tabah & tenang sikapnya,
teman lah-Rasul,
pengubat duka & laranya ...

bijaksana ia,
menyimpan lmu,
si teman bicara,
dialah ishah,
penyeri taman Rasulullah,
dialah Hafsah,
penyimpan mashaf pertama kalamullah ...

seorang gadis itu ...

bisa setabah Maryam,
meski dicaci meski dikeji,
itu hanya cerca manusia,
namun sucinya ALLah memuji ...

seperti Fatimah kudusnya,
meniti hidup seadanya,
puteri Rasulullah ...
kesayangan ayahanda,
suaminya si panglima agama,
di belakangnya dialah pelita,
cahya penerang segenap rumahnya,
ummi tersayang cucunda Baginda ...

bisa dia segagah Nailah,
dengan dua tangan
tegar melindung khalifah,
meski akhirnya bermandi darah,
meski akhirnya khalifah rebah,
syaheed menyahut panggilan Allah .

seorang gadis itu ...

perlu ada yang membela,
agar ia terdidik jiwa,
agar ia terpelihara ...

dengan kenal Rabbnya,
dengan cinta Rasulnya ...

dengan yakin Deennya,
dengan teguh qidahnya,
dengan utuh cinta yang terutama,
Allah jua RasulNya,
dalam ketaatan penuh setia .
pemelihara maruah dirinya,
agama, keluarga & ummahnya ...

seorang gadis itu ...

melenturnya perlu kasih sayang,
membentuknya perlu kebijaksanaan,
kesabaran dan kemaafan,
keyakinan & penghargaan,
tanpa jemu & tanpa bosan,
memimpin tangan, menunjuk jalan ...

seorang gadis itu ...

yang hidup di alaf ini,
gadis akhir zaman,
era hidup perlu berdikari ...

dirinya terancam dek fitnah,
sucinya perlu tabah,
cintanya tak boleh berubah,
tak bisa terpadam dek helah,
dek keliru fikir jiwanya,
kerna dihambur ucapkata nista,
hanya kerana dunia memperdaya ...

kerna seorang gadis itu,
yang hidup di zaman ini ...

perlu teguh kakinya,
mantap iman mengunci jiwanya,
dari lemah & kalah,
dalam pertarungan yang lama ...
dari rebah & salah,
dalam perjalanan mengenali Tuhannya,
dalam perjuangan menggapai cinta,
ni'mat hakiki seorang hamba,
dari Tuhan yang menciptakan,
dari Tuhan yang mengurniakan,
seorang gadis itu ...
anugerah istimewa kepada dunia!

seorang gadis itu ...
tinggallah di dunia,
sebagai bidah,
dahpayah & mujahidah,
pejuang ummah ...
anak ummi & ayah,
muslimah yang solehah ...

kelak jadi ibu,
membentuk anak-anak ummah,
rumahnya taman ilmu,
taman budi & ma'rifatullah ...

seorang gadis itu ...
moga akan pulang,
dalam cinta & dalam sayang,
redha dalam keredhaan,
Tuhan yang menentukan ...
seorang gadis itu dalam kebahagiaan!

Moga lah-Rahman melindungi,
merahmati dan merestui,
perjalanan seorang gadis itu ...
menuju cintaNYA yang ABADI!
Read On 0 comments

DAURAH TERAKHIR SEM 2

3:02 PM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...