Asssalamualaikum..
Saje nak berkongsi pengisian daripada rancangan TV9 hari
Jumaat yang lepas. Seorang ustaz mengatakan “how do we know whether the
hardship is a fitnah or nikmat to us?”
Senang je. Kita akan tahu menilai ujian
tu melalui cara bagaimana kita overcome ujian tu. Kalaulah ujian yang diberikan
menjadikan kita lebih jauh dari Allah, maka, itu adalah bala. Namun, kalau
ujian itu menjadikan kita lebih dekat dengan Allah, maka, ujian itu merupakan
satu nikmat buat kita.
Jangan memikirkan tentang ujian itu. Tapi, fikirlah macam
mana nak mengatasi ujian itu. Semoga ujian itu merupakan suatu nikmat untuk
kita semua.