Tuesday, July 26, 2011

Dia masih di situ

Dah lama rasanya bercuti semester kali kali. Ya, 5 bulan lamanya. Dan aku masih lagi di rumah. Bekerja sebagai guru ganti hanya untuk sebulan. Kemudian… Duduk rumah. Membantu mak buat kerja-kerja rumah. Bosan? Sesekali Cuma. Berada di rumah cukup menenangkan. Takde assignment yang perlu dibereskan. Takde baju yang berlonggok untuk dibasuh. Tak perlu keluarkan duit untuk beli makanan, minuman dan sebagainya. Takde budak-budak kecik yang riuh. Takde suara-suara jiran tetangga yang nyaring.

Aktiviti harian? Macam-macam. Habis satu rumah aku geledah, aku selongkar, aku kemas. Macam-macam benda aku jumpa. Benda yang sangat sentimental bagi aku. Yang dah lama tersepuk dalam kotak-kotak yang bertimbun dalam stor. Surat-surat cinta monyet, cinta biawak, cinta tenggiling, semua ada. Lucu rasanya bila baca surat-surat tu. Surat kawan yang dah lama berpindah ke sekolah lain pun ada. Maklumla, masa tu handphone belum mampu dimiliki. Diari-diari lama, aku baca balik. Mengungkit kisah-kisah lama yang dah lama aku lupakan. Suka, duka, dendam, kenangan manis, semua aku catat dalam diari. Sekarang, sangat tak sempat nak tulis diari.

Kadang-kadang aku keluar ronda-ronda menaiki kereta. Sewaktu lalu di hadapan sekolah menengah, aku masih lihat Mak Cik Jual Kuih itu masih ada di situ. Ramai yang beli kuih dengan dia. Aku ingat lagi dulu aku selalu beli kuih Mak Cik tu. Popia goreng dia sangat la sedap. Karipap pun boleh tahan rasanya. Mak Cik tu sangat baik, peramah. Tak pernah pulak tanya nama Mak Cik tu. Cuma dia dikenali dengan nama Mak Cik Jual Kuih. Masih gigih Mak Cik tu jual kuih. Dari dulu, sampai la sekarang.

Aku teruskan perjalanan, di sebelah sekolah tu, ada sebuah kedai junk food. Kitorang panggil Kedai Bahar. Mungkin sebab nama pemilik kedai tu Pak Cik Bahar. Kedai tu masih lagi beroperasi sampai sekarang. Pak Cik Bahar pulak dah semakin tua. Kurus. Rambutnya putih. Anak-anak dia takut dengan Pak Cik Bahar. Mukanya bengis. Tak pernah aku nampak dia senyum.

Aku teruskan lagi. Sekolah Taski yang dah banyak berubah. Dulunya, bangunan papan. Siap ada tangga lagi. Tapi sekarang dah tukar bangunan batu. Lebih kukub dan lebih moden. Kenangan masa kecik-kecik yang terjadi kat Taski tu, takkan aku lupakan. Terlalu banyak tragedi. Antaranya, tragedi dahi berdarah. Ouch~ sakit rasanya bila dikenang kembali. Hehe..

Teruskan lagi perjalanan. Di jeti hujung sana. Masih lagi ada kedai menjual sayur, ikan dan ayam. Ya, milik Pak Cik Ipin. Pak Cik Ipin sangat pembersih. Kedai dia sangat bersih dan licin. Walaupun ada jual ikan, ayam, udang, sotong dan sebagainya, tapi takde sekor lalat pun kat situ. Lantai kedai tu dah boleh jadi cermin disebabkan kerap dibasuh oleh Pak Cik Ipin.

Aku teruskan lagi. Singgah di masjid. Masjid tu la tempat kitorang solat lepas waktu persekolahan sekolah menengah. Jarak dengan sekolah, 5 minit je dengan berjalan kaki. Aku selalu parking kasut kat satu pondok tepi masjid. Tapi sekarang dah takde pondok tu. Dibina pula satu bangunan batu. Comel je bangunan tu. Maka, hilanglah kenangan aku kat pondok tu..

Dah jauh aku jalan ni. On the way balik, aku nampak Jikin. Orang gila yang masih lagi gila. Rambutnya panjang, serabut. Bajunya kotor. Seliparnya dah buruk. Kadang-kadang, ada orang sedekah baju kat dia. Hm.. Dah lama aku nak tau kenapa Jikin jadi macam tu. Tapi Jikin baik. Dia tak kacau orang. Mukanya sangat simpati. Kesian aku tengok dia…

Cepat sungguh masa berlalu. Alhamdulillah aku masih lagi bernafas di bumi Allah ni. Banyak kenangan aku di dunia. 24 tahun aku bernafas. 24 tahun juga aku menjalani kehidupan sebagai hamba Allah. Sementara aku masih hidup, kenalah menghargai semua yang ada. Nikmati semua nikmat yang Allah pinjamkan. Ya, semua masih di situ. Begitu juga aku.

Dia masih di situ

4:16 PM

Read On 3 comments
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...