Wednesday, March 30, 2011

Era Walimah SPAM

“Wan datang dengan siapa?” tanya Hajah Sofiah.

“Si Jakpo nak ke kubur. Awak minta dia turunkan di rumah Yah!” balas Wan Saadah.

“Gitu… Hai, datang macam berhajat gayanya ni” usik Hajah Sofiah lagi.

“Takkan le tunggu berhajat baru nak datang menjenguk. Tapi memang berhajat pun. Wan nak mengajak Yah sekeluarga ke kenduri kahwin cuti sekolah ni” kata Wan Saadah.

Beliau mengeluarkan sekeping kad daripada beg tangan usang yang turut berisi telekung sembahyang.

“Oh ye ke. Alhamdulillah. Anak yang mana?” tanya Hajah Sofiah.

“Ishh kamu ni. Mana ada lagi yang tinggal. Teruna seorang tu aje le. Si Karim!” ujar Wan Saadah.

“Allah, kalau Wan telefon pun tak mengapa. Idak le susah payah nak datang ke baruh ni” Hajah Sofiah menyambut kad jemputan yang dihulurkan oleh Hajah Sofiah. Mereka pernah sama-sama mengajar di sekolah sebelum bersara lama dahulu.

“Tak elok le main cakap telefon. Tengah ada kudrat ni, boleh le digagah-gagah datang. Jangan tak datang ye” Hajah Sofiah menghirup teh bujang yang Wan Saadah hidangkan.

“Insya Allah. Seronok Wan ye. Selesai sudah urusan anak-anak” Hajah Sofiah mengusik.

Tangannya menghulur kain buat mengelap.

“Selesai urusan anak, bersiap urusan emak le pula. Urusan ke kubur!” gurau Wan Saadah.

Mereka saling ketawa.

Terdiam seketika.

MUSIM CUTI SEKOLAH

Setiap kali menjelang musim cuti sekolah, ramailah makcik yang menumpang basikal, motor dan kereta untuk pergi dari satu rumah ke satu rumah. Ada rumah saudara mara, ada rumah kawan lama. Kad-kad sudah ditulis dengan tangan. Ia dihimpun mengikut kedudukan rumah yang saling berdekatan agar mudah menuju nanti. Hajatnya cuma satu. Jemputan kahwin.

Begitulah bersungguhnya ibu bapa kita memuliakan majlis perkahwinan.

Dalam sakit-sakit lutut, mereka berusaha untuk menyampaikan sendiri jemputan kahwin, selalunya berkad, kepada setiap tetamu. Selagi boleh.

Belum sempat ibu-ibu ini menghembuskan nafas terakhir mereka di alam yang fana’ ini, adab sopan yang mulia ini mati dahulu. Adab sopan yang tidak dapat difahami oleh anak-anak mereka, tatkala kad jemputan kahwin diimbas (scan) dan kemudiannya dipos ke dinding Facebook lalu ditag secara beramai-ramai.

“Sila berikan alamat anda jika mahukan kad jemputan” mesej ringkas mengiringi tag berkenaan.

Sesama rakan yang sudah tidak dapat menilai adab dan sopan, ia diterima sebagai amalan biasa. Sebagaimana tanpa segan silu melambakkan iklan pelekat detoks kaki, jubah, kek cawan di dinding Facebook semua ‘rakan’ yang dianggap pelanggan.

Namun bagi ibu bapa yang masih bernyawa, abang kakak yang sempat melihat ibu tua memegang lutut meredah kampung, perbuatan itu sungguh mengundang luka. Kalau tidak mahu disebut biadab seadanya.

KAD BUKAN PERSOALAN

Kad jemputan bukanlah isu utama. Tetapi jemputan yang dibuat adalah secara personal, bukan secara ‘BULK’. Adab sopan ibu bapa kita, jika mahu berpesan kepada jemputan untuk memanjangkan jemputan pun, akan disebut secara spesifik siapakah yang ibu bapa kita mahu jemputan itu tolong sampaikan jemputan. Tidak sama sekali mereka berkata, “tengoklah siapa-siapa, ajak aje!”

Di era kemudahan teknologi di hujung jari ini, persoalan menggantikan kad dengan e-kad, atau membuat salinan imbasan, bukanlah titik negatifnya. Namun apa yang penting ialah, tetamu yang hendak dijemput itu dijemput secara personal. Jemputan diajukan secara personal biar pun hanya sebuah emel. Bukannya menyalin senarai semua orang yang ada di dalam friend list, dan kemudian tag.

Walimah Spam?

Print screen daripada akaun Facebook saya memaparkan sebahagian daripada jemputan walimah, hampir kesemuanya tidak saya kenali. Adakah mereka benar-benar menjemput saya dan sebagai Muslim apakah menjadi hak beliau untuk saya tunaikan jemputan ini, atau jika saya hadir, beliau sendiri tidak mengenali siapa saya, apatah lagi keluarganya yang melayan tetamu

Allah Subhanahu wa Ta’aala menjemput kita ke rumah-Nya untuk bersolat dengan seruan azan yang begitu indah. Panggilan haji dan kewajipan-kewajipan yang lain juga diungkap dengan begitu cantik di dalam kalam wahyu. Tidakkah seorang pengantin berasa betapa besarnya makna hari perkahwinannya, lalu dia berusaha untuk menjemput dengan jemputan yang bermakna?

Andai urusan menjemput secara personal ini pun mahu dientengkan, kita tidak pasti apakah ada lagi makna bagi sebuah persaudaraan yang benar-benar ada makna?

Malah lebih penting daripada itu, menjemput, menerima jemputan dan walimah itu sendiri adalah IBADAH.

Source

Tuesday, March 29, 2011

Tsunami Akal dan Budi di Tanah Air Sendiri

Lori beras terbalik.

Orang ramai berpesta mengaut beras ‘percuma’ di Lebuhraya.

Pemandu lori yang parah mengerang dengan luka yang dihurung lalat meminta bantuan.

Kelindan lori terbiar hingga mati di tepi jalan.

Saya cuba untuk menghadam laporan kejadian lori beras terbalik di KM394 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Tanjung Malim bulan lalu. Apakah yang difikirkan oleh pengaut beras itu? Adakah mereka lebih miskin daripada penghuni pondok yang makan siput babi beberapa tahun lalu di siaran Bersamamu TV3? Jika tidak lama dulu orang ramai berkejaran mengutip duit syiling yang bertaburan akibat kemalangan di Lebuhraya yang sama, kali ini beras dikaut untuk habuan makan, membiarkan mangsa di tepi tanpa tindakan peri kemanusiaan.

Kebingungan.

Seperti ada satu ‘petanda besar, bagai ada sesuatu yang sangat tidak kena dengan perilaku masyarakat kita kebelakangan ini.

11 Mac 2011, seluruh penduduk dunia terkejut.

Sesuatu yang tidak pernah dicatat oleh sejarah, Pantai Timur Laut Jepun dilanda gempa bumi paling dahsyat berukuran 8.9 pada skala Richter. Gegaran yang begitu dahsyat mengundang bencana yang paling menakutkan iaitu gelombang Tsunami. Tanpa berlengah, ombak setinggi 10 meter menghempas pantai dan menyapu segala yang berdiri di muka bumi, ‘tanpa belas kasihan’.

Tidak pasti apa yang mahu diungkap, selain berdoa agar kejadian itu tidak mengulangi penderitaan kesan Tsunami di Sumatera pada Disember 2004 yang lalu apabila lebih 200 ribu nyawa terbunuh di sekeliling pantai Lautan Hindi. Gelombang Tsunami kali ini menggoncang perairan Lautan Pasifik hingga melimpahkan kesannya ke perairan Pantai Timur Semenanjung Malaysia, serta Sabah dan Sarawak.

Subhanallah!

Hanya pernah sekali menjejakkan kaki ke bumi Jepun, kenangan di bumi Ibaraki, menambah ‘rasa terkait’ dengan apa yang berlaku apabila gempa bumi dan Tsunami turut memusnahkan kawasan yang indah dan permai itu.

Namun kesedihan dan debar menyaksikan satu demi satu laporan berita di media, terpukul oleh beberapa siri laporan berita media tempatan yang membingungkan.

TAHAP KEPRIHATINAN KITA

Belum pun reda gegaran dan deruan ombak ganas Tsunami di Jepun, Buletin Utama di TV3 sudah berbincang tentang implikasi bencana besar di Jepun itu kepada pasaran saham di Tokyo serta akibatnya kepada kedudukan pasaran saham global termasuk Kuala Lumpur. Tanpa sensitiviti yang paling minima atas dasar kemanusiaan, Dato Mukhriz Tun Mahathir menyatakan harapannya agar Jepun segera memulihkan keadaan ekonomi serta pasaran sahamnya dan mudah-mudahan ia tidak berjangkit ke pasaran saham di negara kita.

Tatkala kenyataan rasmi Perdana Menteri tidak kedengaran, laporan ala kadar terhadap bencana luar biasa ini terus dihalakan pada soal ekonomi. Bukan ekonomi Jepun, tetapi kepentingan negara kita, rakan niaga tradisi negara matahari terbit itu!

Mulia sungguh hati rakan ini.

Apa sudah terjadi?

KOSMO! AHAD

Menyelak akhbar di pagi Ahad, sekali lagi kita kebingungan.

Kosmo Ahad 13 Mac 2011 di halaman 3, menyiarkan berita Ratu Pornografi Jepun, Maria Ozawa terselamat daripada malapetaka gempa bumi dan Tsunami itu.

Dalam ramai-ramai tokoh daripada kalangan rakyat Jepun, Miyabi pula yang jadi pilihan.

Bimbang benar dengan kehilangan ikon penting ini.

BERITA HARIAN

Diselak pula akhbar Berita Minggu 13 Mac 2011 di halaman 24, kartunis Zoy melukis kartun Ultraman yang lari bertempiaran dikejar ombak Tsunami gergasi 11 Mac lalu. Entah apa yang cuba diterjemahkan melalui lakaran itu, ia pantas melahirkan betapa rendahnya moral kita hingga kejadian bencana sedahsyat itu, dilakar sebagai bahan senda gurau tanpa sedikit pun mempertimbangkan perasaan sekalian manusia, Jepun atau tidak Jepunnya mereka, berkenaan jurnalisma terencat jiwa ini.

Apakah semua ini?

Neo-journalism versi apakah ini?

Paling mengaibkan, lakaran kartun yang sangat tidak sensitif ini telah disiarkan di CNN iReport iaitu cabang citizen journalism milik CNN.

Berita yang disiarkan itu menyebut:

iReport —

Local Malaysian newspaper Berita Harian published a caricature in their editor’s column today that depicts the popular Japanese cartoon character Ultraman as trying to outrun an incoming tsunami.

The publication has received tremendous criticisms by readers, who accuse the editors as being “inconsiderate and distasteful”. Several political leaders have even stepped out and demand a public apology, to which the editors promptly made on their publication’s Facebook fan page. – posted by Dancingtiger

Mungkin media perdana sama ada di arena siar atau cetak, tidak mampu menyesuaikan diri dengan era jaringan sosial semasa yang semakin menidakkan kuasa veto mereka membentuk pendapat umum.

Dalam tempoh yang begitu singkat, sesuatu yang menggambarkan kejengkelen kartunis, serta kecuaian editorial, telah menjatuhkan maruah negara. Bagaimana kalau berita ini mengusik sentimen pelabur Jepun dan antarabangsa? Inginkah hukuman setimpal itu atas sikap rakan niaga yang tidak berhati perut?

Foto kredit malaysiana.pnm.my

SI LUNCAI TERJUN DENGAN LABU-LABUNYA!

Bencana itu sudah tiba di Jepun!
Tak apa. Kita kan di Malaysia…

Bencana itu sudah tiba di Johor!
Tak apa. Kita kan di Selangor…

Bencana itu sudah tiba di Gombak!
Tak apa. Kita kan di Petaling Jaya…

Bencana itu sudah tiba di Seksyen 5!
Tak apa. Kita kan di Seksyen 2…

Bencana itu sudah tiba di Jalan 2/4!
Tak apa. Kita kan di Jalan 2/8…

Bencana itu sudah tiba di rumah nombor 47!
Tak apa. Kita kan di rumah nombor 74…

Bahagian depan rumah kita sudah runtuh!
Syukur. Dapur kita masih selamat…

Memperkenalkan… mazhab Aku Tidak Pedulisma!

WASIAT NUH ALAYHI AL-SALAAM

Sebagai penutup, renungilah wasiat Nabi Nuh Alayhi as-Salaam kepada anak-anaknya yang beriman sebelum Baginda wafat pulang kepada Allah.

Imam Ahmad dan al-Bayhaqi telah meriwayatkan daripada Abdullah bin ‘Amr bin al-’Aas Radhiyallahu ‘anhuma, beliau berkata:

Suatu ketika kami sedang bersama-sama dengan Rasulullah SAW. Kemudian datang seorang lelaki dari pedalaman yang memakai jubah besar berwarna hijau (Seehan) dan dihiasi dengan sutera. Lalu Rasulullah SAW berkata:

“Sesungguhnya sahabat kamu ini telah meninggalkan setiap pahlawan berkuda anak pahlawan berkuda serta mengangkat setiap pengembala anak pengembala! (Pakaian yang melambangkan keangkuhan pemakainya)” Lalu Baginda SAW memegang jubah lelaki tersebut dan berkata kepadanya “Aku melihat engkau memakai pakaian orang yang tidak berakal!” Kemudian Rasulullah SAW berkata lagi “Sesungguhnya Nabi Allah Nuh Alayhi as-Salaam ketika nazak menghadapi kematian, beliau berkata kepada anaknya:

“Sesungguhnya aku mahu meninggalkan wasiat kepada kamu. Aku perintahkan kepada kamu dua perkara dan aku tegah kamu daripada dua perkara. Aku perintahkan kamu dengan Laa Ilaaha IllaLlaah. Sesungguhnya jika tujuh petala langit dan bumi diletakkan di suatu timbangan dan Laa Ilaaha IllaLlaah diletakkan di suatu timbangan yang lain, nescaya Laa Ilaaha IllaLlaah itu lebih berat. Seandainya tujuh petala langit dan bumi itu suatu rangkaian yang samar dan rapuh, ia terjalin kukuh dan kemas dengan Laa Ilaaha IllaLlaah.

Aku juga memerintahkan kamu dengan Tasbih dan Takbir. Sesungguhnya dengan demikian terhasil kesejahteraan setiap sesuatu dan dengannya jua makhluk dikurniakan rezeki.

Aku tegah kamu dari Syirik dan Kibr (takabbur)”

Sahabat bertanya, Ya Rasulallah, sesungguhnya Syirik itu telah kami arif mengenainya. Namun, apakah yang dimaksudkan dengan Kibr? Adakah menjadi Kibr jika seseorang itu memakai sepasang kasut yang baik dengan talinya yang baik?

Rasulullah SAW menjawab, “Tidak”

Kata Sahabat berkenaan, atau apakah dengan seseorang itu mempunyai perhiasan dan beliau memakainya (lalu dianggap Kibr)?

Rasulullah SAW menjawab, “Tidak”

Kata Sahabat berkenaan lagi, atau apakah seseorang itu mempunyai haiwan tunggangan dan beliau menunggangnya (lalu dianggap Kibr)?

Rasulullah SAW menjawab, “Tidak”

Kata Sahabat tersebut, atau adakah jika sesiapa di kalangan kami mempunyai ramai teman dan beliau duduk bersama mereka (lalu dianggap Kibr)?

Rasulullah SAW menjawab, “Tidak”

Lalu Sahabat tersebut bertanya, kalaulah begitu ya Rasulallah, maka apakah sebenarnya Kibr itu?

Nabi SAW menjawab, “Al-Kibr itu ialah meremeh-temehkan kebenaran (safah al-haq) dan menindas manusia (ghamth an-Naas)!

[Dikeluarkan oleh Ahmad di dalam al-Musnad 2: 169, 170, 225. Dan oleh al-Bayhaqi di dalam al-Asmaa' wa as-Sifaat: 79]

“Al-Kibr itu ialah meremeh-temehkan kebenaran (safah al-haq) dan menindas manusia (ghamth an-Naas)!”

Inilah pesanan Nabi Allah Nuh Alayhi as-Salaam kepada anaknya sebelum wafat. Dan kita ini semua adalah cucu cicitnya Baginda. Terimalah nasihat ini sebagai peringatan.

Sesungguhnya Tauhid dan Kalimah Tauhid adalah sebesar-besar perkara di dalam hidup ini. Menjadikan ia sebagai fokus diri, dan seterusnya disempurnakan pula dengan Takbir membesarkan Allah dan Tasbih mensucikanNya pada lisan dan perbuatan. Syirik yang muncul dengan pelbagai versi di dalam kehidupan kita hari ini bersama perbuatan angkuh, bongkak, takabbur atau Kibr itu pula hendaklah dijauhi. Sesungguhnya Syirik dan takabbur itu telah menjadi syiar dan cara hidup ramai manusia pada hari ini.

SALAH SIAPA

Habis, salah siapa semua itu?

Mahu dikata salah kerajaan, ia kerajaan pilihan rakyat.

Mahu dikata salah rakyat, siapakah pendidik-pendidik rakyat itu?

Nampaknya ia salah saya.

Salah pendakwah yang belum cukup kuat berusaha.

Justeru saya telah, sedang dan akan terus berusaha.

Saya sudah mendapat satu lagi tugasan.

Anda cukup dengan menonton sahaja?

“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada satu kaum itu sehingga mereka bertindak mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri” [Al-Ra'd 13: 11]

Salam takziah dari saya untuk akal dan budi tamadun manusia.

” Apakah penduduk negeri itu merasakan aman dari bala Allah pada waktu malam ketika mereka sedang tidur. Apakah penduduk negeri itu merasa aman dari bala Allah pada waktu pagi sedang mereka bermain atau bekerja. Apakah mereka merasa aman dari azab Allah(jadi mereka boleh hidup berseronok hingga melanggar hukum Allah). Tidaklah yang merasa aman dari azab Allah melainkan orang yang rugi.” (Al-A’raaf 98-99)

source

Monday, March 7, 2011

Hikmah 5 jari di tangan manusia

Setiap manusia mempunyai 5 jari. Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari manusia. Cuba perhatikan perlahan-perlahan jari anda. Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan solat 5 waktu jangan diabaikan..

Kemudian lekapkan jari di atas meja, perhatikan. Bermula daripada:

1. Jari kelingking yang kecil dan kerdil

Seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar. Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah ‘melentur buluh biarlah daripada rebungnya.' Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.

2. Jari manis

Manisnya seperti jari comel dan mulus. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira. Pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!! Di usia ini sentiasa di belenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf. Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda??

3. Jari paling tinggi, jari hantu

Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seseorang itu telah mempunyai status dan identity dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala iini banyak ‘hantu-hantu pengacau’ yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati, dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Justeru itu, amal ibadat mesti dilipat gandakan.

4. Jari telunjuk

Jari inilah yang mengungkap satu dan Allah Esa ketika menunaikan solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.

5. Akhir sekali, renung ibu jari

Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa, ‘cap jempol’ atau cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata ‘good’ atau ‘yes’ sambil menggenggam semua jari dan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia kejayaan anda.

SubhanAllah.. Begitu sempurnanya ciptaan Allah. Cuba lihat sekali lagi jari anda yang kelima2nya itu. Renung dan fikir dalam-dalam… Dimanakah anda sekarang?

*dipetik dari Forum Iluvislam.com*

Friday, March 4, 2011

Guru itu

Guru itu... Pernah satu hari aku post kat facebook, "Kalau lecturer terasa hati dengan student, ilmu jadi tak berkat. Tapi kalau student terasa hati dengan lecturer, camne ye?" Lalu seorang guru yang lain comment, "Gaji tak berkat."

Berdosa hukumnya kalau kita derhaka dengan guru kan? Tapi macam mana agaknya untuk mengelakkan perasaan tak suka pada guru? Setiap kali dalam tutorial, mesti terasa offended dengan guru itu. Setiap pandangannya cukup sinis. Tapi mungkin dia tak bermaksud macam tu pun. But this is what I feel.

Ada je ayat dia yang buat aku rasa macam sangat terasa dan kalau boleh, nak je jerit kat satu kelas, aku terasa..!! Tapi mungkin dia tak bermaksud macam tu. But this is what I feel.

Aku tak nafikan, dia ajar memang best, memang buat aku faham. Cuma, cara dia layan aku secara personal, sangat aku terasa. Sebelum aku jadi student die pun, aku memang pernah terasa dengan guru itu. Kenapa? Mungkin dia tak bermaksud macam tu. But this is what I feel.

Apa yang tak kene dengan guru itu? Aku banyak kali cuba untuk tak terasa dengan guru itu. Cuba untuk lupakan semuanya, cuba untuk positif tiap kali berada dalam kelas dia. Tapi selalu gagal. Kenapa? Mungkin dia tak bermaksud macam tu. But this is what I feel.

Selalu sangat bila keluar dari kelas, aku rasa down sangat-sangat. Terasa macam aku la student yang paling bodoh. Even if yes, please don't treat me like this. Mungkin dia tak bermaksud macam tu. But this is what I feel.

Guru itu, aku sangat minta maaf. Aku sangat rasa bersalah. Mungkin aku yang buat guru benci aku. Tapi mungkin guru tak bermaksud apa-apa dan guru melayan semua orang sama. But this what I feel. Guru itu, jangan layan aku macam ni. Aku tahu aku bukan student yang pandai yang guru boleh agung-agungkan. Tapi aku pun manusia biasa. Aku seperti guru juga. Aku masih hormat guru sebagai guru aku. Doakan aku, guru. Doakan aku untuk grad sem ni. Doakan aku untuk berjaya di alam kerjaya nanti. Halalkan ilmu yang guru beri. Aku sayang guru...

Wednesday, March 2, 2011

La Tahzan

Syukur adalah lebih tinggi daripada sabar
Kerana kebanyakan orang masih boleh bersabar atas ujian

Tetapi tak ramai yang bersyukur akan nikmat

Apabila kita susah, kita akan mengadu dengan Allah

"Ya Allah, aku sedang susah. Bantulah aku.."

Tetapi bila Allah telah memberikan jalan keluar

Kita terus lupa akan rintihan itu

Kenapa kita jadi macam ni?

Iman yang tak kuat dan nafsu yang tinggi.

Hadis Rasulullah mengatakan,

Allah mengambil orang yang PALING derita di dunia

Lalu Dia mencelupkan manusia itu dalam syurga

Kemuadian Dia keluarkan manusia itu

Allah bertanya kepadanya,

"Pernahkah kamu merasa derita di dunia?"

Manusia itu berkata, "Tak, aku tak pernah merasakan derita."

Kemuadian Allah mengambil manusia yang PALING merasa nikmat di dunia

Lalu Dia mencelupkan manusia itu ke dalam neraka

Kemudian Dia keluarkan manusia itu

Allah bertanya kepadanya,

"Pernahkah kamu merasa nikmat di dunia?"

Manusia itu berkata, "Tak, aku tak pernah merasa nikmat di dunia."

Lihat, manusia akan terus melupakan segala derita di dunia

setelah Allah merasakan dia nikmat di syurga.

Begitu juga manusia akan terus melupakan nikmat di dunia

setelah Allah merasakan dia derita di neraka.

Jika kita membandingkan dunia dan akhirat,

kita akan mendapati dunia adalah sekecil-kecil nikmat.

Subhanallah, Maha Suci Allah

Alhamdulillah, Segala Puji bagi Allah

Allahu Akbar, Allah Maha Besar

La Tahzan, Innallaha Ma'ana~

Tuesday, March 1, 2011

Count On Me

If you ever find yourself stuck in the middle of the sea
I'll sail the world to find you
If you ever find yourself lost in the dark and you can't see
I'll be the light to guide you
Find out what we're made of
What we are called to help our friends in need

You can count on me like one, two, three
I'll be there and I know when I need it
I can count on you like four, three, two
And you'll be there 'cause that's what friends
Are supposed to do

If you toss and you turn and you just can't fall asleep
I'll sing a song beside you
And if you ever forget how much you really mean to me
Everyday I will remind you

You'll always have my shoulder when you cry
I'll never let go, never say goodbye

Era Walimah SPAM

8:27 AM

Read On 2 comments

Tsunami Akal dan Budi di Tanah Air Sendiri

10:31 PM

Read On 0 comments

Hikmah 5 jari di tangan manusia

9:37 PM

Read On 1 comments

Guru itu

11:24 PM

8:02 AM

7:38 AM

If you ever find yourself stuck in the middle of the sea
I'll sail the world to find you
If you ever find yourself lost in the dark and you can't see
I'll be the light to guide you
Find out what we're made of
What we are called to help our friends in need

You can count on me like one, two, three
I'll be there and I know when I need it
I can count on you like four, three, two
And you'll be there 'cause that's what friends
Are supposed to do

If you toss and you turn and you just can't fall asleep
I'll sing a song beside you
And if you ever forget how much you really mean to me
Everyday I will remind you

You'll always have my shoulder when you cry
I'll never let go, never say goodbye
Read On 0 comments
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...